web statsweb stats

Berita Terkini

18 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Nikmati Nasi Ayam Sedap di Nasi Ayam Kee Chup, JB!

Cara penyediaan nasi ayam  berbeza mengikut resipi dan cara tukang masak

Selera Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jun 2024 12:49PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Hidangan nasi ayam memang cukup popular di Malaysia dan Singapura. Walaupun juadah ini berkongsi nama yang sama, cara penyediaannya ada sedikit berbeza bergantung kepada tukang masak dan resepi yang diguna.

Masyarakat Cina lebih terkenal dengan Nasi Ayam Hainannya manakala masyarakat Melayu lebih suka nasi ayam yang digoreng ayamnya.  

Di Johor Bahru terdapat sebuah restoran nasi ayam yang berjaya mendapat sambutan penduduk tempatan dan juga pelancong dalam dan luar negara sehingga berjaya mencapai status viral!

Kedai Makan Nasi Ayam Kee Chup yang terletak di jalan Dato’ Dalam Johor Bahru ini ternyata digemari ramai kerana walaupun baru jam 1.45 tengahari, semua nasi ayam sudah habis dijual sedangkan masih ramai pelanggan yang menunggu giliran. 

Kedai Makan Nasi Ayam Kee Chup hanyalah bangunan kayu yang dibina di tepi jalan, berkonsepkan kedai makan era 70-80an. Lantai dan dinding papan, kalendar lumba kuda, poster rokok Dunhill lama, kerusi dan meja makan lipat serta artifak zaman itu memberi vibe yang sesuai dengan zaman itu.

Ruang restoran ini sempit dan tidak boleh menampung pelanggan yang ramai dalam satu-satu masa. Namun, keadaan ini tidak mematahkan semangat peminat nasi ayam untuk beratur menunggu giliran mereka. Jangan khuatir, kadar tukar ganti pelanggan tidak lama dan servis mereka juga pantas dan cekap. 

Apa istimewanya Nasi Ayam Kee Chup ini? Pertama, nasi ayam di sini berperisa, teksturnya lembut dan sedikit berminyak, makan nasi sahaja sudah sedap inikan pula ditambah ayam.

Kedua, di sini hanya satu bahagian ayam sahaja yang ditawarkan iaitu thigh dan drumstick. Jadi pelanggan tidak perlu pilih-pilih kerana semua mendapat bahagian yang sama. Ayamnya diperap kicap dan digoreng berkilat, menghasilkan daging ayam yang lembut dan mengasyikkan.

Ketiga, kicap, sup, cili, salad, tomato dan timun boleh diambil sendiri di kaunter kerana mereka memahami cara orang makan nasi ayam ini pelbagai gaya. Ada yang suka cili lebih, ada yang suka kicap lebih, ada yang suka sup lebih, ada pula yang tidak suka semua, makan kosong sahaja. Jadi tiada istilah kedekut cili, kicap segala. 

Suasana di Kedai Makan Nasi Ayam Kee Chup ini cukup sibuk kerana pesanan dalam taliannya tidak putus-putus tiba. Jadi, untuk mencuba nasi ayam di sini, datanglah awal sedikit untuk mengelak kecewa. - Getaran, 18 Jun 2024

Kedai Makan Nasi Ayam Kee Chup

24A, Jalan Dato Dalam, Bandar Johor Bahru, 80000 Johor Bahru, Johor

11pagi – 4petang

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Demi Allah SWT Tidak Guna Bahan Terlarang, Tapi Akui Tiada Sijil Halal

2

Semasa 2 tahun yang lalu

2 Gerai Nasi Ayam Tular Tiada Sijil Halal

3

Semasa 2 tahun yang lalu

JHEAIPP Diarah Siasat Kes Tular Kedai Nasi Ayam

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Index Nasi Ayam: Keuntungan Atau Pelanggan? Dilema Penjual Depani Kenaikan Harga

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Jelajah 1 hari yang lalu

Hotel Dengan Pemandangan Hebat, 4 Bangunan Ikonik Boleh Dilihat Dari Sini

oleh Rahayu MN