web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 3 minggu yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 4 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Peminat Makanan Korea Kena Singgah Ke Dae Ga

Restoran yang terletak di The Curve, Mutiara Damansara menyajikan aneka hidangan asli Korea yang mesra Muslim dan menggunakan bahan-bahan halal pada harga berpatutan.

Selera Dikemaskini 2 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 27 Aug 2024 4:00PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pencinta makanan Korea, anda perlu singgah ke Dae Ga, Korean Grill & BBQ (Dae Ga) untuk menikmati pelbagai sajian enak Korea, terutamanya hidangan barbeku.

Restoran yang mula dibuka pada Disember 2022 ini terletak di pusat beli-belah The Curve, Damansara, dan ia menjanjikan seleksi hidangan Korea kegemaran ramai dengan pengalaman menjamu selera yang autentik.

Setiap hidangan yang tersedia di Dae Ga menggunakan bahan-bahan dan ramuan yang dipilih dengan teliti bagi memastikan pelanggan berpuas hati dan melangkah pulang dengan gembira selepas menjamu selera.

Tentang rasa, anda tidak perlu ragu-ragu kerana restoran ini diketuai oleh Ketua Cef, Yang Haeree yang didatangkan dari Korea Selatan dan berpengalaman bertahun-tahun lamanya.

Sesuai dengan namanya, bintang utama restoran ini sudah semestinya adalah set atau pilihan ala carte barbeku. Menggunakan daging lembu berkualiti premium, pelanggan boleh memesan daging segar tanpa diperap atau pilih daging dengan perapan yang memberikan sensasi rasa membahagiakan pada setiap suapan.  

Satu kelebihan restoran ini ialah ia menggunakan pemanggang atau dapur yang tidak menyebarkan asap. Jadi, anda boleh menikmati hidangan barbeku dengan santai tanpa perlu ‘berperang’ dengan kepulan asap yang menyesakkan pernafasan.

Jika anda bukan penggemar daging lembu, terdapat juga pilihan protein lain seperti kambing, ayam dan udang.

Selain barbeku, terdapat banyak lagi hidangan Korea lain yang turut tersedia. Antara hidangan yang boleh dicuba ialah Dae Ga Galbi Tang ( sup tulang rusuk), Kkori Gom Tang (sup ekor lembu), Dae Ga Yuk Gye Jang (sup lembu pedas), Dolsot Bibimbap (Bibimbap sayuran), Haemul Sundubu Jjigae (stew makanan laut dan tauhu lembut), dan Dae Ga Bibim Neng Myeon (soba sejuk pedas).

Tidak dilupakan, pelbagai jenis ramen dan lempeng Korea yang kecur liur. Ada lempeng sayuran, kimchi, dan makanan laut. Hidangan ini mesti dipesan bagi melengkapkan hidangan, dan percayalah anda tidak akan menyesal.

Sempena meraikan bulan kemerdekaan ini, Dae Ga mempersembahkan beberapa pilihan kombinasi yang menarik bagi memberi peluang kepada pelanggan untuk menjamu selera di sini.

Setiap pilihan ditawarkan pada harga berpatutan dan boleh dikategorikan sebagai mesra poket. Dengan lebih penjimatan, bolehlah bawa keluarga atau teman-teman untuk meluangkan masa bersama sambil merapatkan hubungan.

Ambillah sebanyak mana masa yang diperlukan kerana dekorasi atau reka letak Dae Ga yang moden menjanjikan keselesaan.

Untuk lebih privasi, boleh tempah bilik peribadi yang turut tersedia untuk kemudahan pelanggan. Bagaimanapun, tempahan awal amat digalakkan kerana bilangannya terhad, begitu juga dengan meja-meja lain.

Jika  ingin ke Dae Ga pada hujung minggu, adalah lebih baik buat tempahan awal. Jika tidak anda mungkin perlu menunggu lama.

Ini kerana restoran ini mendapat sambutan baik memandangkan banyak pelanggan yang meninggalkan ulasan yang baik di dalam talian, lebih-lebih lagi ia mesra muslim.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh ikuti Dae Ga di Instagram @daegamalaysia.  – Getaran, 28 Ogos, 2024

Foto : Rahayu MN

Sorotan

1

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

2

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

3

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

4

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

5

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

6

Harimau Malaya Ke Final Pestabola Merdeka Di Sebalik Boikot 'Ultras Malaya'

Disyorkan untuk anda

Refleksi 21 jam yang lalu

9 Amalan Mudah Untuk Kehidupan Lebih Sejahtera

oleh Rahayu MN

Jelajah 1 hari yang lalu

‘Jalan-Jalan Muslim-Friendly NZ’ Untuk Pengembara Muslim Berseronok Di New Zealand

Kerjasama pertama Tourism New Zealand dengan Klook ini berlangsung dari 6 hingga 22 September.

oleh Rahayu MN