web statsweb stats

Berita Terkini

11 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PDRM Terima 5 Kes Penipuan Precatoria

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Aug 2021 5:26PM

Datuk Mohd Kamarudin Md Din - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan menerima lima aduan membabitkan jualan minyak Precatoria bagi nenghasilkan vaksin COVID-19.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata, penipuan atas talian berjumlah RM128,498 itu membabitkan lima syarikat setakat ini.

“Syarikat yang berminat diminta untuk membuat pembayaran ke dalam akaun yang diberikan (akaun keldai) bagi tujuan membeli sampel bahan organik itu untuk menghasilkan vaksin COVID-19.

“Selepas melakukan pembayaran, mangsa tidak menerima sebarang sampel yang dijanjikan dan sindiket gagal dihubungi,” katanya di sini.

Kamarudin berkata, hasil siasatan mendapati, sindiket menggunakan modus operandi menghantar e-mel kepada syarikat disasarkan dan menawarkan penjualan minyak itu.

Menurut beliau, polis tidak menolak kemungkinan terdapat sindiket penipuan yang cuba menangguk di air keruh dengan menjadikan isu berkaitan COVID -19 sebagai modal meraih keuntungan.

“Kita dapati sindiket penipuan cuba menjadikan isu COVID-19 sebagai modal untuk meraih keuntungan. Jadi orang ramai perlu berhati-hati dengan perkara seperti ini.

“Sehubungan itu, mana-mana individu atau syarikat yperlu merujuk kepada agensi kerajaan berkaitan sebelum membuat keputusan," katanya.

Tambah beliau, kerajaan akan sentiasa memberi keutamaan dalam sebarang inisiatif menangani COVID-19 dari segi pemberian atau kajian pembangunan vaksin. - Getaran, 27 Ogos 2021.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 20 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 13 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang