web statsweb stats

Berita Terkini

11 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Sindiket Penipuan Pelaburan Meningkat, Anggaran Kerugian RM100 Juta - MyCERT

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Aug 2021 8:49PM

Mohd Zuki Ali - Gambar fail bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 672 laporan polis dibuat berkaitan sindiket penipuan pelaburan, membabitkan kerugian hampir  RM100 juta, kata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Beliau berkata, sebanyak RM52 daripada jumlah itu melibatkan pelaburan atas talian, meliputi mangsa yang terpedaya dengan mata wang kripto dan pertukaran wang asing.

"Kajian Pasukan Tindakbalas Kecemasan Komputer Malaysia (MyCERT) pada tahun lalu menunjukkan kes jenayah penipuan seperti 'phishing' dan skim pelaburan haram semakin meningkat.

"Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut mengenal pasti 80,000 keldai akaun yang digunakan oleh sindiket atas talian sepanjang tahun 2019 dan antara Januari hingga Julai tahun lalu," katanya.

Beliau menyatakan demikian selepas menandatangani memorandum kerjasama (MOC) antara Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) dan Cybersecurity Malaysia (CSM) secara maya di sini, hari ini.

Turut hadir ialah Pengerusi Lembaga Penasihat NFCC, Tan Sri Abu Kassim Mohamed, Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah CSM, Jeneral (B) Tan Sri Mohd Azumi Mohamed dan Ketua Pengarah NFCC, Datuk Seri Mustafar Ali.

Mohd Zuki berkata, kerjasama antara NFCC dan CSM itu adalah sebahagian daripada pendekatan kerajaan untuk membanteras jenayah kewangan.

"Kerjasama ini amat perlu bagi negara yang melaksanakan agenda besar, khususnya bagi menghadapi ancaman kegiatan jenayah kewangan yang makin berleluasa.

"Perbincangan kerjasama antara NFCC dan CSM bermula sejak tahun lalu, dengan persetujuan membentuk inisiatif dan agenda dalam memerangi jenayah kewangan serta mengekang ketirisan, khususnya dalam aspek keselamatan siber," ujarnya. - Getaran, 27 Ogos 2021

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 20 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 13 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 12 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 20 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka