web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Ivermectin, Dilarang Namun Masih Dijual

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Aug 2021 7:50AM

Pengunaan Ivermectin untuk merawat pesakit COVID-19 adalah tidak dibenarkan kecuali bagi ujian klinikal yang berada di bawah pemantauan ketat KKM - Gambar fail AFP

oleh

Zaidi Azmi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Di sebalik larangan keras Kementerian Kesihatan (KKM) berhubung ubat-ubatan yang tidak menepati piawaian, Ivermectin masih kekal menerima sambutan selepas dikatakan mampu merawat jangkitan virus COVID-19.

Penjualannya bagaimanapun tidak lagi dibuat secara terang-terangan, malah berselindung di sebalik aplikasi pesanan ringkas seperti WhatsApp, khusus bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

Siasatan Getaran juga mendapati, ada segelintir ahli farmasi yang menjual Ivermectin menerusi kaedah ini, turut menggunakan khidmat syarikat penghantaran kurier untuk menghantar pesanan kepada pelanggan mereka agar lebih selamat.

Setiap pembelian juga akan disertakan dengan pelbagai risalah digital, khususnya cara pengambilan ubat yang lazim digunakan bagi membunuh cacing di dalam organ haiwan ternakan, seperti lembu, kambing dan khinzir.

Wartawan Getaran yang menyamar sebagai pelanggan turut dinasihati untuk mengambil Ivermectin pada kadar segera sekiranya disahkan positif COVID-19.

“Kalau awak dijangkiti COVID-19, kena cepat-cepat ambil Ivermectin. Lagi awal, lagi bagus,” kata seorang ahli farmasi menerusi WhatsApp ketika dihubungi.

Ahli farmasi itu memberitahu, individu yang disahkan positif namun tidak memiliki sebarang simptom perlu mengambil satu tablet selama sekurang-kurangnya satu minggu manakala pesakit bergejala pula harus mengambil dua tablet bagi tempoh sama.

“Selepas seminggu, sama ada masih bergejala ataupun tidak, awak mesti ambil satu tablet seminggu, selama lima minggu lagi bagi menghindari jangkitan susulan COVID-19. Ini penting bagi menguatkan sistem imunisasi kita.

“Cara pengambilan ini adalah protokol rawatan yang diamalkan oleh pakar kesihatan di luar negara. Malah mereka juga mengesyorkan supaya Ivermectin diambil dengan tablet zink dan vitamin C, hasilnya akan lebih mujarab,” dakwa ahli farmasi tersebut.

Sebelum pandemik COVID-19 tercetus, sebiji tablet Ivermectin dijual pada harga 50 sen, bagaimanapun harganya melambung antara RM5 hingga RM7 sebiji.

Sekotak Ivermectin pula mengandung 10 papan tablet, dengan setiap satu mengandungi 10 biji pil.

Pengunaan Ivermectin untuk merawat pesakit COVID-19 adalah tidak dibenarkan kecuali bagi ujian klinikal yang berada di bawah pemantauan ketat KKM dan sehingga kini, keberkesanan Ivermectin dalam merawat jangkitan virus maut itu masih belum terbukti.

Dua minggu lalu, Jabatan Racun Negara menerima laporan  keracunan Ivermectin membabitkan dua individu yang berdepan kesukaran bernafas.

Seorang daripasa mereka turut pengsan selepas dipercayai menelan 15 biji pil itu sekali gus.

Menurut amaran diberikan KKM, Ivermectin boleh menyebabkan banyak kesan sampingan seperti muntah, cirit birit, kesakitan abdomen, pening, tekanan darah rendah, kesukaran bernafas, kecederaan pada paru-paru dan kematian. – Getaran, 30 Ogos 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Abang Dakwa Hospital Daerah Cuai, Adik Hilang Anak Kedua 2 Hari Selepas Lahir

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Pakar Patologi Kimia Bunuh Diri, Dibuli Ketua Jabatan Didakwa Jadi Punca

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Mpox: KKM Tingkat Survelan Di Pintu Masuk Negara

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Akauntan Rugi Lebih RM2.2 juta Diperdaya Sindiket Pelaburan

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad