web statsweb stats

Berita Terkini

11 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pelantikan Menteri Baharu KPT Perlu Selaras Visi - KMUM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Aug 2021 3:08PM

Noraini Ahmad - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pelantikan menteri baharu untuk Kementerian Pengajian Tinggi perlu selari dengan visi, bagi memastikan penglibatan anak muda tidak dipinggirkan, bukan semata-mata memenuhi kerusi ahli politik.

Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM) berkata, pelantikan semula Datuk Seri Dr Noraini Ahmad sebagai Menteri Pengajian Tinggi amat bercanggah dengan hasrat kerajaan yang mahu menambah baik kementerian berkenaan.

Jurucakap KMUM berkata, kegagalan Noraini ketika menggalas tanggungjawab sebagai menteri amat ketara, justeru pelantikannya itu menimbulkan pelbagai persoalan.

"Pelantikan semula Dr Noraini boleh dikatakan sebagai suatu langkah yang ironi bagi pengurusan institusi pendidikan tinggi, apatah lagi pelbagai masalah dan kegagalan telah timbul sepanjang tempoh dia berkhidmat.

“Kegagalan tersebut membuktikan bahawa dia tidak sesuai untuk memegang jawatan ini, apa lagi untuk menjalankan tanggungjawab seberat itu,” katanya di sini.

Pelajar UiTM menunggu bas untuk balik ke kampung, pada 7 Mei lalu. - Gambar fail
Pelajar UiTM menunggu bas untuk balik ke kampung, pada 7 Mei lalu. - Gambar fail

‘Kesalahan’ terbesar Noraini jelas jurucakap itu, adalah apabila KPT gagal menguruskan dengan baik kepulangan mahasiswa ke kampung, ketika pandemik COVID-19 semakin memburuk.

“Ia menyebabkan sehingga kini KPT masih belum dapat menyelesaikan tuntutan KMUM mengenai kos ujian calitan RT-PCR yang terpaksa ditanggung sendiri oleh pelajar.

"Selain itu, penangguhan pendaftaran pelajar baharu saat akhir yang diumumkan sehari sebelum pendaftaran bersemuka pada Oktober tahun lalu, turut menimbulkan masalah buat pelajar,” tegasnya.

Jurucakap itu juga mendakwa, kerajaan gagal menggerakkan usaha memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) yang menunjukkan mereka seolah tidak berminat untuk ' membudayakan pemikiran secara kritis dan demokratik dalam kalangan pelajar.' – Getaran, 30 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 4 bulan yang lalu

Tiada Perbincangan Untuk Benarkan Kemasukan Pelajar Bukan Bumiputera Ke UiTM - Zambry

2

Pendidikan 9 bulan yang lalu

KPT Kaji Ekosistem TVET Bagi Mantapkan Sistem Pendidikan Teknikal, Vokasional Negara

3

Pendidikan 11 bulan yang lalu

KPT Serah Kepada IPT Tunjuk Solidariti Kepada Palestin Ikut Cara Masing-Masing

4

Pendidikan 11 bulan yang lalu

Kadar Elaun Sara Hidup Pelajar Tajaan KPT Dinaikkan Bermula Tahun Depan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Politik 20 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 13 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 12 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah