web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Selangor Sumbang RM100,000 Bantu Mangsa Tragedi Kepala Air

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Aug 2021 7:27PM

Amirudin (kanan) menyampaikan replika cek berjumlah RM100,000 kepada Exco Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Najmi Ahmad di Titi Hayun, dekat sini, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JERAI - Perbezaan fahaman antara parti yang memerintah, tidak menghalang kerajaan negeri Selangor untuk menyumbang sebanyak RM100,000 kepada kerajaan negeri Kedah berikutan tragedi kepala air yang berlaku di Gunung Jerai 18 Ogos lalu.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pihaknya turut membawa 1,000 bakul makanan bernilai RM150,000 untuk diagihkan kepada setiap mangsa.

Katanya, pemberian itu sebagai tanda prihatin dan solidariti negeri Selangor untuk bersama dengan kerajaan negeri Kedah, bagi membantu semua mangsa yang terkesan dalam kejadian itu.

“Terpulang kepada kerajaan negeri Kedah bagaimana mahu membelanjakan wang itu. Saya faham, nilai sumbangan ini mungkin terlalu kecil kerana dengan apa yang berlaku, kos pemulihannya mungkin mencecah antara RM50 hingga RM60 juta.

“Namun mungkin pemberian ini sedikit-sebanyak boleh digunakan bagi membantu mangsa dan membaiki rumah mereka.

“Kerajaan negeri Kedah boleh menggunakannya mengikut kesesuaian seperti diperlukan,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas melawat ke lokasi bencana di Titi Hayun iaitu antara kawasan paling teruk terjejas dalam kejadian itu.

Terdahulu Amirudin turut menyampaikan replika cek berjumlah RM100,000 kepada Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pendidikan dan Sumber Manusia negeri Kedah, Datuk Najmi Ahmad yang mewakili Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor.

Beliau menambah, seramai 50 sukarelawan dari pertubuhan Sukarelawan Selangor (Serve) turut hadir ke Yan sejak semalam bagi melaksanakan misi bantuan bencana termasuk membersihkan rumah penduduk.

“Selain itu, ada juga bantuan berupa barangan tertentu seperti dapur dibawa ke sini. Sumbangan barangan itu diperolehi menerusi sumbangan beberapa pihak termasuk individu perseorangan,” katanya. - Getaran 31 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 10 bulan yang lalu

Kerajaan Negeri Tiada Kuasa Luluskan Kenaikan Tarif Air - Amirudin

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Nyawartaan Hutan Simpan Terima Bantahan Rasmi - Takiyuddin

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 19 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 11 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki