web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Nyawartaan Hutan Simpan Terima Bantahan Rasmi - Takiyuddin

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Sep 2021 5:57PM

Datuk Seri Takiyuddin Hassan - Gambar Bernama

oleh

Zaidi Azmi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penyahwartaan Hutan Simpan Kuala Langat Utara (HSKLU) bukan sahaja mendapat bantahan kesemua Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, bahkan ia juga tidak dipersetujui kerajaan Persekutuan.

Pendirian itu didedahkan Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Seri Takiyuddin Hassan hari ini yang menegaskan, kementerian sudah mengemukakan bantahan rasmi kepada Selangor sejak tahun lepas.

“Secara dasarnya, Kementerian Tenaga dan Sumber Asli dan Jabatan/Agensi di bawah kementerian telah menyatakan pendirian tidak bersetuju terhadap tindakan pewartaan keluar HSKLU, khususnya di peringkat awal cadangan oleh kerajaan negeri Selangor.

“Kementerian ini memandang berat dan mengambil perhatian pewartaan keluar HSKLU yang melibatkan kehilangan sebahagian keluasan asal iaitu 957.63 hektar,” katanya di sini.

Penyahwartaan HSKLU seluas 536.70 hektar mencetuskan kontroversi apabila perkara tersebut hanya didedahkan ketika soal jawab sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor 30 Ogos lalu.

Tindakan tersebut diambil setelah keputusan dicapai pada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) ke-17/2021 5 Mei lepas, yang disahkan MMKN ke-18 pada 19 Mei, di bawah Seksyen 12, Enakmen (Pemakaian) Akta Perhutanan Negeri Selangor 1985.

Takiyuddin berkata, penggantian ke atas penyahwartaan HSKLU akan melibatkan empat kawasan hutan berasingan iaitu Hutan Simpan Sungai Panjang (308.62 hektar), Hutan Simpan Buloh Telor Barat (149.96 hektar), Hutan Simpan Buloh Telor Timur (57.18 hektar) dan Hutan Simpan Broga (63.88 hektar) sebagai Hutan Simpan Kekal.

“Kementerian ini juga mengesyorkan agar kawasan gentian tersebut dilindungi dan dipulihara bagi memastikan kawasan berhutan di Selangor dikekalkan,” tegasnya.

Dalam pada itu, beliau juga berharap agar Selangor memastikan kawasan HSKLU yang telah diwartakan keluar, dibangunkan dengan bertanggungjawab dan mengambil kira amalan pembangunan lestari.

“Ini termasuk memastikan kecukupan zon penampan dan semua syarat Laporan Kajian Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling ditetapkan, dipatuhi sepenuhnya.

“Ia bertujuan memastikan pembangunan yang bakal dilaksanakan tidak mengganggu gugat kawasan hutan dan ekosistem bersebelahan, atau kehidupan masyarakat setempat khususnya komuniti Orang Asli,” katanya.

Penyahwartaan HSKLU mendapat bantahan keras majoriti penduduk Selangor sejak tahun lepas, khususnya penduduk di Kampung Orang Asli Busut Baru yang menetap bersebelahan dengan hutan tersebut.

Pada November lalu, kesemua Ahli DUN Selangor sebulat suara meluluskan satu usul supaya kerajaan Selangor memelihara setiap hutan simpan di negeri itu.

HSKLU ialah satu daripada empat hutan paya gambut yang masih wujud di Selangor. - Getaran, 2 September 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 10 bulan yang lalu

Kerajaan Negeri Tiada Kuasa Luluskan Kenaikan Tarif Air - Amirudin

2

Politik 1 tahun yang lalu

Isu Surat RoS Putuskan Usul Tambahan UMNO Tidak Sah, Saifuddin Sila Jawab!

3

Politik 1 tahun yang lalu

PAS Ingin ‘Bunuh’ UMNO: Kenyataan Mohamad Tidak Masuk Akal

4

Politik 1 tahun yang lalu

Puad Pertikai Hamzah Dilantik Ketua Pembangkang, ‘Dia Pemusnah Hebat’

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 13 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 21 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi