web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Puad Pertikai Hamzah Dilantik Ketua Pembangkang, ‘Dia Pemusnah Hebat’

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Dec 2022 11:59AM

Puad Zarkashi - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mempersoalkan keputusan Perikatan Nasional (PN) menamakan Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Datuk Seri Hamzah Zainudin sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen.

Menerusi hantaran di Facebook, Puad membangkitkan beberapa persoalan dengan membuat spekulasi mengapa Pengerusi PN dan Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin terlepas pandang mengenai pemilihan Hamzah.

“Biasanya Ketua Pembangkang adalah bakal Perdana Menteri. Mana mungkin Muhyiddin tidak mahu jadi Perdana Menteri lagi walaupun beliau ada masalah umur dan kesihatan.

“Apakah Hamzah ‘poster boy’ PN pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16) dan seterusnya calon PM. Apakah ini peralihan kuasa?” soalnya.

Dalam pada itu, Puad turut mengandaikan bahawa Muhyiddin tidak sanggup menjadi panglima perang di Parlimen kerana beliau dibebani ‘bagasi’ atau langkah tersebut strategi berbeza PN kali ini.

“Hamzah bukan kecil anak. Dia pemusnah yang hebat. Lima tahun terlalu lama untuk Hamzah jadi Ketua Pembangkang.

“Macam macam dia boleh main. Jangan Muhyiddin musnah di tangan Hamzah sudahlah,” katanya.

Pada Sabtu lalu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, Mesyuarat Jawatankuasa PN bersetuju melantik Hamzah yang juga Ahli Parlimen Larut sebagai Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat.

Katanya, jawatankuasa tersebut turut melantik Muhyiddin sebagai Ketua Ahli Parlimen PN dan Timbalannya ialah Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Selain itu, Takiyuddin berkata, jawatankuasa juga bersetuju melantik beliau sebagai Ketua Whip PN. - Getaran, 14 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 11 bulan yang lalu

‘Sanusi Sibuk Berbohong, Macam Mana Pelabur Nak Datang?’ - Puad

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Sanusi MB Pembohong No 1 Malaysia - Puad 

3

Politik 1 tahun yang lalu

Isu Surat RoS Putuskan Usul Tambahan UMNO Tidak Sah, Saifuddin Sila Jawab!

4

Politik 1 tahun yang lalu

Hishammuddin, Apakah Mengkhianati Parti Bukan Perbuatan Jahat? - Puad

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 1 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'