web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Malaysia Belum Putuskan Isu Vaksinasi Untuk Kanak-Kanak

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Sep 2021 7:37AM

Khairy Jamaluddin bercakap pada sidang media di kementeriannya semalam. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Malaysia belum membuat sebarang ketetapan mengenai vaksinasi COVID-19 terhadap kanak-kanak berumur 12 tahun, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

“Tiada sebarang kelulusan untuk vaksinasi pediatrik di Malaysia mahupun di mana-mana tempat ketika ini.

“Ia masih dalam kajian oleh agensi pengawalseliaan sama ada badan Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) mahupun Pihak Berkuasa Kawalan Kesihatan Kebangsaan (NHRA).

“Sebaik sahaja kita ada cukup data untuk menyokong bahawa adalah selamat untuk memberikan vaksin kepada kanak-kanak, barulah kita akan bawa ia kepada jawatankuasa vaksin untuk pertimbangan dan membuat keputusan mengenainya,” katanya pada persidangan media mengenai perkembangan terkini COVID-19 di sini semalam.

Menurutnya pengeluar vaksin Pfizer-BioNTech, sedang dalam proses menampilkan vaksin COVID-19 khusus buat kanak-kanak dan vaksin itu mempunyai dos yang berbeza daripada dos untuk dewasa.

Beliau berkata dengan ketiadaan vaksinasi yang diluluskan untuk mereka yang berumur 12 tahun ke bawah, langkah vaksinasi orang dewasa di sekolah-sekolah akan menjadi cara terbaik untuk memastikan anak-anak yang belum diberi vaksin terselamat.

Khairy berkata Kementerian Kesihatan mungkin akan menimbangkan keperluan mewajibkan vaksinasi COVID-19 dalam usaha menangani masalah berkaitan anti-vaksin, sambil menambah bahawa beliau juga hampir mencadangkan supaya semua anggota kabinet diwajibkan mengambil vaksin.

Bagaimanapun katanya buat waktu ini kerajaan tidak akan mewajibkan pengambilan vaksin oleh orang ramai.

“Saya belum sampai ke tahap saya akan mengesyorkan supaya seluruh anggota kabinet diwajibkan untuk menjalani vaksinasi,” katanya.

Khairy berkata satu dasar baharu mengenai ujian COVID-19 akan dilaksanakan tidak lama lagi khusus bagi mereka yang menolak untuk mendapatkan vaksin, yang bukan disebabkan faktor perubatan.

Beliau berkata di bawah dasar ini, seseorang perlu melakukan ujian diri dengan alat ujian COVID-19 secara berkala untuk memastikan mereka bebas dari virus.

“Sebaik sahaja kita masuk ke fasa endemik, sama ada anda telah divaksin atau tidak, anda perlu menjalani ujian kendiri dengan kerap.

“Bagi mereka yang yang enggan divaksin, mereka perlu mempunyai jadual tertentu ujian yang perlu dipatuhi. Sama ada ia menggunakan kit ujian segera dan sekiranya ia (keputusan) positif, akan disahkan oleh ujian PCR,” katanya.

Sehubungan itu Khairy berkata kerajaan dalam mesyuarat kabinet semalam telah bersetuju menetapkan harga siling bagi alat ujian diri COVID-19.

Beliau berkata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi akan membuat pengumuman mengenai perkara itu tidak lama lagi.

Menurutnya ketika ini terdapat 11 jenama alat ujian diri COVID-19 yang telah mendapat kelulusan bersyarat oleh Kementerian Kesihatan untuk kegunaan awam. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Abang Dakwa Hospital Daerah Cuai, Adik Hilang Anak Kedua 2 Hari Selepas Lahir

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Pakar Patologi Kimia Bunuh Diri, Dibuli Ketua Jabatan Didakwa Jadi Punca

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Mpox: KKM Tingkat Survelan Di Pintu Masuk Negara

4

Semasa 3 bulan yang lalu

‘Genosid Dah Ada Sejak Berpuluh Tahun Wahai KJ’ - Netizen

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia