web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Operasi Merdeka: Imigresen Tahan 26 Warga Asing

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 02 Sep 2021 7:55AM

Mereka yang ditahan dipercayai terlibat dalam aktiviti pelacuran, serta tidak mempunyai dokumen sah. - Gambar Ihsan Imigresen

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jabatan Imigresen menahan 26 warga asing kerana disyaki terlibat aktiviti pelacuran, serta tidak mempunyai dokumen perjalanan sah di sekitar Lembah Klang dalam Operasi Merdeka, bermula kelmarin hingga semalam.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata operasi pertama dijalankan di sebuah hotel lama di Pudu di sini, yang dikenal pasti menjalankan aktiviti pelacuran sebelum 12 warga asing ditahan, terdiri daripada tujuh lelaki warganegara Bangladesh dan lima wanita Vietnam.

Beliau berkata, tujuh warga Indonesia dan lima warga Bangladesh pula ditahan dalam pemeriksaan di dua buah premis kediaman di kawasan Puchong, Selangor manakala dua lelaki warga Ghana ditahan di sebuah kelab komuniti di Cyberjaya.

“Salah seorang daripada mereka terjun ke dalam tasik di belakang kelab tersebut sehingga membahayakan diri sendiri, dan pegawai operasi terpaksa terjun ke dalam tasik untuk menahan warga asing tersebut,” katanya dalam kenyataan semalam.

Kesemua mereka yang berusia antara 25 hingga 45 tahun itu, ditempatkan di Depot Imigresen Semenyih untuk disiasat atas pelbagai kesalahan, termasuk Akta Anti-Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran dan Akta Imigresen 1959/63. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Polis Tahan 41 Warga Asing, Selamatkan Wanita Nigeria Disyaki Mangsa Eksploitasi Seks

2

Semasa 2 bulan yang lalu

8 Warga Asing Ditahan Kes Pekerja Kilang Dipukul Hingga Mati

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Warga Asing Guna Ubat 'Tidurkan' Kanak-Kanak Untuk Mengemis

4

Semasa 3 bulan yang lalu

15 Tukang Urut Warga Asing Dicekup Dalam Serbuan Di Cheras

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia