web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


UndiNegaraku Dilancar, Himpun Pergerakan Belia Seluruh Negara

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Sep 2021 10:41AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Satu gerakan aktivis sosio politik dwipartisan berteras pendidikan pengundi dan demokrasi dilancarkan semalam, sebagai susulan terhadap kejayaan kempen Undi18.

Jurucakap Persatuan Pengundi Muda (Undi18) berkata, gerakan berkenaan yang dikenali sebagai UndiNegaraku menghimpunkan pembabitan pergerakan belia seluruh negara.

"Gerakan ini merupakan kesinambungan daripada kejayaan kempen UndiSabah dan UndiSarawak oleh pihak Undi18. 

"UndiNegaraku turut menyediakan peluang untuk semua belia mempelajari aspek kepimpinan, selain menyediakan platform buat mereka menghasilkan kandungan pendidikan sendiri melalui sumber yang tersedia, serta memberi pendedahan terhadap pelbagai isu di negeri masing-masing, " katanya.

Menurut jurucakap itu, gerakan UndiNegaraku juga berperanan sebagai wadah untuk golongan terbabit mendekati kerajaan negeri dan setempat sebagai wakil belia.

Tambahnya, penglibatan belia secara aktif dalam aspek sosio-politik di peringkat tempatan dan kebangsaan mampu membangkitkan semangat patriotik komuniti berkenaan.

" Matlamat UndiNegaraku adalah membina satu gerakan yang memperkasakan belia untuk mencerminkan, menjiwai dan meneladani setiap nilai Rukun Negara. 

"Misi UndiNegaraku akan bermula dengan usaha memupuk seramai 10,000 ejen perubahan demokrasi Malaysia menjelang 2023, " ujarnya.

Getaran difahamkan, UndiNegaraku telah didaftarkan di bawah Akta Pembangunan Belia dan Pertubuhan Belia 2007. 

Digerakkan oleh Undi18, ia khusus memperjuangkan demokrasi melalui belia, sesuai dengan peranan dimainkan golongan itu sebagai ejen perubahan. - Getaran, 3 September 2021.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 13 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 21 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 12 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah