web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Mayat Pemandu Myvi Hanyut Ditemui

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Sep 2021 4:36PM

Mayat Simon Sanga Tupe ditemui di Sungai Dambai, selepas empat hari SAR dijalankan.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Mayat pemandu Perodua Myvi yang dihanyutkan arus deras di Jalan Kionsom Lama, Inanam, Jumaat lalu, berjaya ditemui di Sungai Dambai, di sini hari ini selepas empat hari operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilakukan.

Dalam kejadian jam 1.30 petang itu, mayat Simon Sanga Tupe, 68, ditemui dalam keadaan tertiarap dan ditimbus pasir, kira-kira 800 meter dari lokasi kenderaannya hanyut.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner (ACP) Mohd Zaidi Abdullah berkata, mayat mangsa ditemui penduduk kampung yang turut menyertai SAR berkenaan sejak hari pertama dilancarkan.

"Mayat mangsa yang lengkap berpakaian itu dihantar ke Hospital Queen Elizabeth I untuk menjalani saringan COVID-19.

"Jika tiada masalah, bedah siasat akan dilakukan termasuk proses pengecaman dan ujian DNA oleh ahli keluarga," katanya.

Kereta yang dinaiki mangsa hanyut dalam arus deras, beberapa hari lalu.
Kereta yang dinaiki mangsa hanyut dalam arus deras, beberapa hari lalu.

Kenderaan dipandu Simon dihanyutkan arus deras ketika cuba meredah banjir di Jalan Kionsom, Inanam, Jumaat lalu dan video kejadian itu turut tular di media sosial, selepas dirakam seorang pengguna yang menyaksikan sendiri kejadian berkenaan.

Operasi SAR yang dilancarkan pula berjaya menemui Myvi berkenaan bersama penumpang, Juning Maturun, 37 keesokan hari.

Juning bagaimanapun disahkan sudah meninggal dunia selepas terperangkap di bahagian tempat duduk penumpang.

Dalam pada itu, Mohd Zaidi turut menasihatkan orang ramai mengutamakan keselamatan diri ketika berdepan dengan ancaman banjir.

"Ketika ini, banyak jalan raya atau jambatan akan dinaiki air. Justeru, orang ramai diminta bersabar dan menunggu sehingga keadaan selamat sepenuhnya sebelum meneruskan perjalanan," katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lintas Agustavia Joe Guasi berkata, operasi SAR ditamatkan jam 2.30 petang tadi.

"Terima kasih kepada semua pihak termasuk penduduk kampung yang bertungkus lumus membantu pihak berkuasa dalam mencari mangsa sehingga berjaya ditemui hari ini," katanya. – Getaran, 6 September 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

3 Pelajar Sekolah Menengah Temui Kulat Karang Jarang Jumpa Di Sabah

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

3

Sukan 1 bulan yang lalu

Sukan SEA: Sabah Akan Bincang Dengan KBS

4

Sukan 2 bulan yang lalu

Liga Super: JDT Teruskan Momentum Kemenangan, Tewaskan Sabah 3-1

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia