web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


MoU UNISEL, MPK Mampu Kukuh Pembangunan Komuniti Selangor

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 07 Sep 2021 5:54PM

Dr. Mohammad Redzuan (dua dari kiri) dan Dr Ahmad Fadzli (dua dari kanan) bertukar dokumen MoU di Unisel, semalam.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Kerjasama dijalinkan Universiti Selangor (UNISEL) dan Majlis Perbandaran Klang (MPK) diyakini mampu mengukuhkan aspek pembangunan komuniti negeri Selangor.

Naib Presiden dan Timbalan Naib Canselor (Pembangunan Pelajar dan Jaringan Komuniti), Profesor Madya Dr. Hamdan Mohd Salleh, berkata, kerjasama yang dimeterai melalui memorandum persefahaman (MoU) semalam adalah inisiatif semua pusat jaringan komuniti universiti berkenaan.

Menurut beliau,  inisiatif berkenaan termasuk kemudahan biasiswa, bantuan kepada pelajar dan fasiliti cakna Orang Kelainan Upaya (OKU).

“MoU seperti ini dapat membantu Selangor aspek pembangunan ekonomi, yang dipacu oleh kepakaran alumni UNISEL.

“Mungkin ramai tidak tahu, majoriti penuntut universiti ini terdiri daripada komuniti Klang,” katanya kepada Getaran ketika dihubungi hari ini.

Hamdan berkata, jalinan kerjasama itu secara tidak langsung membuka peluang untuk alumni UNISEL berbakti kepada tanah kelahiran mereka sendiri.

MoU yang kali pertama dilaksanakan itu jelas beliau, akan mengambil pendekatan lebih menyeluruh dan terperinci, bagi memastikan setiap aspek dapat memberi manfaat sepenuhnya kepada semua pihak terlibat.

“Turut dirancang untuk dilaksanakan ialah kerjasama cakna komuniti termasuk Jelajah Klang 2021, projek pembangunan ‘Heritage Trail’ MPK, khidmat konsultansi menerusi penyelidikan analisis impak sosial dan kerjasama pemasaran program akademik UNISEL,” katanya.

Turut hadir di majlis itu ialah Presiden dan Naib Canselor UNISEL, Profesor Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman, Yang Dipertua MPK, Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin serta Timbalan Naib Canselor (Akademik, Penyelidikan & Jaringan Industri), Profesor Dr Md Sidin Ahmad Ishak. – Getaran, 7 September 2021

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 8 bulan yang lalu

Demonstrasi KAUNSEL: Pengurusan UNISEL Didakwa Culas Kebajikan Warga Akademik

2

Semasa 9 bulan yang lalu

Cybersecurity, Satisguard Meterai MoU, Perkukuh Keselamatan Siber Di Malaysia

3

Luar Negara 1 tahun yang lalu

PM, Menteri Saksi Pertukaran MoU Bernilai RM19.84 Bilion

4

Semasa 1 tahun yang lalu

22,000 Pesara Kerajaan Mangsa Scammer, Kerugian RM850 Juta

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 23 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'