web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 2 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 2 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 6 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 6 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Demonstrasi KAUNSEL: Pengurusan UNISEL Didakwa Culas Kebajikan Warga Akademik

Pendidikan Dikemaskini 9 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jan 2024 8:52PM

Antara pensyarah UNISEL yang menyertai demonstrasi di Kampus UNISEL Shah Alam, semalam - gambar X

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kepincangan dalam aspek pengurusan dan kebajikan tenaga kerja, khususnya pensyarah dikenal pasti sebagai antara faktor yang membawa kepada demonstrasi oleh warga akademik Universiti Selangor (UNISEL), semalam.

Demonstrasi berhampiran Kampus UNISEL Shah Alam itu dianjurkan Kesatuan Kakitangan Akademik UNISEL (KAUNSEL).

Getaran difahamkan, piket tersebut terpaksa diadakan selepas pengurusan tertinggi universiti terbabit memandang sepi beberapa isu yang pernah dibangkitkan sebelum ini, termasuk pemecatan Presiden KAUNSEL, Mohd Azrin Abd Rahim.

Mohd Azrin, pensyarah di Fakulti Perniagaan dan Perakaunan dan telah berkhidmat selama lebih 16 tahun di UNISEL dipecat 5 Januari lalu, dipercayai kerana pembabitannya dalam KAUNSEL.

Sejak ditubuhkan, KAUNSEL yang didaftarkan secara rasmi 6 Mac tahun lalu lantang memperjuangkan pelbagai isu berkaitan kebajikan dan hak pensyarah di UNISEL.

Dalam perkembangan berkaitan, sumber memberitahu, demonstrasi berkenaan diketuai sendiri oleh Mohd Azrin dan turut dihadiri ahli Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) diketuai Setiausaha Agungnya, Kamarul Bahrin Mansor.

Mohd Azrin Abd Rahim - gambar X
Mohd Azrin Abd Rahim - gambar X

Jelas sumber, piket terbabit bukan sekadar mahu membela nasib Mohd Azrin semata-mata, tetapi juga menuntut agar pengurusan universiti mengiktiraf penubuhan KAUNSEL.

“KAUNSEL bukan sekadar satu kesatuan, tetapi wadah membela nasib dan kebajikan warga akademik, khususnya pensyarah yang sekian lama tertindas.

“Sudah sekian lama pengurusan universiti mengugut pensyarah agar tidak menyertai KAUNSEL, jika tidak mahu tindakan dikenakan ke atas mereka,” dakwanya.

Sementara itu di X, desakan turut dibuat netizen agar khidmat Naib Canselor UNISEL, Profesor Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman ditamatkan kerana didakwa gagal mengendalikan institusi pengajian tinggi terlibat dengan baik. - Getaran, 20 Januari 2024

Berita Berkaitan

1

Podio 1 tahun yang lalu

Borak Foto Musim 2 Ep 4: Graduan Fotografi Unisel Berdaya Maju

2

Semasa 2 tahun yang lalu

30 Peserta, Penganjur Perhimpunan Turun Harga Barang Dipanggil Polis

3

Semasa 2 tahun yang lalu

AMK Beri Ruang, Tidak Mahu Berdemo Serang Kerajaan

4

Semasa 3 tahun yang lalu

MoU UNISEL, MPK Mampu Kukuh Pembangunan Komuniti Selangor

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

Banjir Sepanyol: Tiada Rakyat Malaysia Terjejas - Wisma Putra

Semasa 1 hari yang lalu

Pukul Pemandu E-Hailing OKU, Pengawal Pengiring VIP Didenda RM1,000

Semasa 1 hari yang lalu

Tekanan Berterusan Perlu Diberi Kepada Israel, Laksana Gencatan Senjata Dengan Segera - PM

oleh Sophia Ahmad