web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


30 Peserta, Penganjur Perhimpunan Turun Harga Barang Dipanggil Polis

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 24 Jul 2022 3:14PM

Sebahagian peserta yang menyertai Perhimpunan Turun Harga Barang di hadapan Kompleks Sogo semalam. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seramai 30 peserta termasuk penganjur Perhimpunan Turun Harga Barang di hadapan Kompleks Sogo semalam, dipanggil memberi keterangan bermula esok.

Mengesahkan perkara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya, berkata semua individu terbabit akan dipanggil secara berperingkat hingga Selasa.

Menurutnya, setakat ini pihaknya belum mendedahkan butiran terperinci individu dipanggil, namun akan mengesahkan selepas keterangan mereka selesai diambil.

“Setakat ini 30 orang termasuk penganjur akan dipanggil pada Isnin dan Selasa. Individu dipanggil akan disahkan selepas rakaman keterangan selesai,” katanya ringkas kepada media hari ini.

Semalam Getaran melaporkan Polis Dang Wangi membuka lima kertas siasatan mengikut Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman 2012 terhadap penganjur dan peserta perhimpunan tersebut.Noor Dellhan berkata, daripada sekitar 100 peserta perhimpunan tersebut, seramai 30 individu dikenalpasti pihaknya.

“Mereka terdiri daripada mahasiswa, ahli parti politik, beberapa individu sudah dikenal psti dan belum dikenal pasti yang mengadakan perhimpunan #TURUN.

“Dalam perhimpunan tersebut, mereka memegang plakad dan sepanduk bertulis ‘Potong Gaji Menteri’, ‘Turun dan Lawan’ dan lain-lain,” katanya.

Terdahulu, kira-kira 100 peserta yang terdiri daripada pelbagai latar belakang politik dan mahasiswa menyertai Perhimpunan Turun Harga Barang di Kompleks Sogo.

Perhimpunan tersebut berlangsung dengan aman walaupun ada cubaan untuk berarak ke Dataran Merdeka, namun peserta dihalang polis. - Getaran, 24 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

PM Gesa Tindakan Tegas Terhadap Pihak Lakukan Kekacauan

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Fitnah MCMC, PDRM: Laporan Polis Dibuat Terhadap Murray Hunter

3

Ekonomi 5 bulan yang lalu

Tesla Turunkan Harga 2 Model EV Mulai Hari Ini

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Lelaki Disiasat, Muat Naik Hantaran Jelik Berkaitan Tragedi Helikopter TLDM

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'