web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


AMK Beri Ruang, Tidak Mahu Berdemo Serang Kerajaan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Dec 2021 2:08PM

Ahmad Syukri menyerahkan memorandum kepada Pegawai Perhubungan Awam KPDNHEP Mohd Arifin. - Gambar oleh Sadiq Asyraf

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Angkatan Muda Keadilan (AMK) tidak bercadang untuk turun ke jalanan bagi melancarkan demonstrasi membantah kenaikan harga barang.

Setiausaha AMK Malaysia, Ahmad Syukri Ab Razab berkata, pihaknya mahu memberi ruang kepada Kerajaan ‘Keluarga Malaysia’ untuk menyelesaikan masalah terbabit yang membebankan rakyat pasca pandemik wabak COVID-19.

Menurut beliau, belum tiba masanya untuk mereka turun ke padang kerana terdapat keperluan untuk menjaga adab dalam menyuarakan bantahan.

“Jiwa kita kalau ikutkan memang nak demonstrasi, tapi buat masa sekarang belum masanya. Itu cara masing-masing.

“Yang penting mesej yang ingin kita sampaikan kepada kementerian, dalam keadaan negara masih berdepan dengan pandemik yang tak sudah ini,” katanya kepada media di perkarangan KPDNHEP, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menyerahkan memorandum kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Lingg yang diwakili oleh Pegawai Perhubungan Awam KPDNHEP,  Mohd Arifin A M Noordin.

Semalam, PEJUANG Parlimen Kuala Langat melancarkan flash mob di Pantai Morib, Banting bagi membantah kenaikan harga barang khususnya berasaskan pertanian yang melambung tinggi di pasaran sejak awal bulan ini.

Tindakan hampir sama turut dilakukan PEJUANG Wilayah Persekutuan secara konvoi berkenderaan dari Kompleks Beli-Belah Pavilion hingga ke Sogo.

Sementara itu, Ahmad Syukri berkata, pihaknya juga tidak bercadang mengikut jejak langkah parti komponen Pakatan Harapan (PH) yang turun ke padang membantah kenaikan harga barang kerana setiap parti mempunyai kaedah masing-masing.

Bagaimanapun beliau tidak menolak kemungkinan kaedah turun ke jalanan cara terbaik untuk membuat desakan sekiranya kerajaan masih gagal menangani isu kenaikan harga barang itu.

“Kita merasakan mereka mengambil enteng dan mudah tentang isu yang dibawa ini.

“Sampai masanya kita mungkin terpaksa membuat satu tindakan yang lebih drastik untuk memberi tekanan kepada mereka (kerajaan),” katanya. - Getaran, 6 Disember 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

KPDN Panggil 10 Syarikat Jelaskan Kenaikan Harga Barang, Perkhidmatan

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Penduduk Luar Bandar Bakal Terjejas, Kerajaan Perlu Tangguh Hapus Subsidi Minyak - GPS

3

Semasa 5 bulan yang lalu

PM Arah Jemaah Menteri Turun Padang Tinjau Harga, Kuantiti Barang Menjelang Aidilfitri - Fahmi

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Putrajaya: 5 Bazar Ramadan Rekod Kutipan Sisa Domestik Antara 6 Hingga 7 Tan Sehari

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 18 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 18 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka