web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kematian Tahanan, PDRM Diperintah Bayar Ganti Rugi RM281,300

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Sep 2021 4:11PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) diperintah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk membayar ganti rugi berjumlah RM281,300 kepada keluarga seorang tahanan, Benedict Thanilas.

Benedict meninggal dunia ketika berada dalam tahanan polis empat tahun lalu.

Jurucakap Menghapuskan Kematian dan Penderaan Dalam Tahanan (EDICT) berkata, keluarga tersebut berjaya membuktikan tahap balance of probabilities terhadap semua defendan.

Menurut beliau, perintah itu diputuskan Pesuruhajaya Kehakiman, Quay Chew Soon secara dalam talian pagi tadi.

“Defendan perlu membayar RM100,000 sebagai ganti rugi teruk, RM91,800 bagi ganti rugi kehilangan saraan, RM50,000 untuk sakit dan penderitaan, ganti rugi untuk kesedihan sebanyak RM30,000 dan kos pengebumian sebanyak RM4,000.

“Sebanyak RM5,500 lagi diberikan sebagai kos pengeluaran surat kuasa mentadbir harta pusaka,” katanya.

Menurut jurucakap itu, mahkamah turut memerintahkan defendan membayar RM40,000 kepada keluarga mendiang sebagai kos tindakan.

Benedict, 43, disyaki terbabit dalam pengedaran dadah dan ditahan di bawah Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1985 dan mengalami pelbagai komplikasi kesihatan termasuk tekanan darah tinggi dan diabetes.

Dia dikehendaki mengambil lapan jenis ubat dan empat suntikan insulin setiap hari.

Benedict ditemui tidak sedarkan diri pada 10 Julai 2017, dan disahkan sudah meninggal dunia sebaik dibawa ke Hospital Kuala Lumpur.

Hakim Mahkamah Sesyen Mahyon Talib, yang bertindak sebagai koroner berkata, pengabaian oleh pegawai polis bertugas membawa kepada kematian Benedict, kerana mereka seharusnya meneliti keperluan perubatan tahanan.

Tahun lalu, Mahkamah Koroner memutuskan bahawa kematian Benedict Thanilas ketika berada dalam tahanan polis pada 2017 boleh dielakkan jika beliau diberikan rawatan perubatan yang diperlukan. - Getaran, 13 September 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 12 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 5 hari yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 5 hari yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 1 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 21 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 12 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 20 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka