web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kenakan Bunga Sehingga 20 Peratus, 4 Ah Long Dicekup Polis

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 14 Sep 2021 8:51PM

Ayob Khan Mydin Pitchay - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Pinjaman tanpa lesen antara SGD300 (RM927.93) hingga SGD1,000 (RM3093.09) dengan bayaran bunga 20 peratus, adalah antara syarat sindiket pemberi pinjaman wang tanpa lesen (Ah Long) yang berjaya ditumpaskan polis, minggu lalu. 

Mereka turut dikesan melakukan perbuatan khianat dan ugutan jenayah terhadap mangsa serta keluarga yang melakukan pinjaman. 

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, empat individu yang juga lelaki warga tempatan itu ditahan polis selepas disyaki terbabit dalam aktiviti haram berkenaan.

Menurut beliau, mereka ditahan kira-kira jam 1.30 petang 6 September lalu, selepas Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bahagian D7 Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor bersama empat anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat membuat serbuan ke atas dua premis di sekitar Bukit Pasir dan Taman Banang, Batu Pahat. 

"Mereka yang berusia antara 23 hingga 36 tahun itu disyaki terbabit dalam kegiatan memberi pinjaman wang tanpa lesen.

“Hasil semakan mendapati tiga daripada suspek mempunyai rekod jenayah lampau dalam kes perjudian, kekerasan, dan Ah Long," katanya hari ini.

Ayob Khan memberitahu, turut dirampas dalam serbuan itu adalah lima komputer riba, 21 telefon bimbit, 18 kad ATM, tiga buku catatan mengandungi nombor telefon peminjam, kertas A4 mengandungi gambar peminjam, sim kad pelbagai jenama termasuk dari Singapura, jam tangan, 'pendrive', modem Wifi dan wang tunai berjumlah RM9,700. 

Beliau menarik perhatian, kesemua suspek setelah disoal siasat mengaku terbabit dalam sindiket Ah Long, mencakupi tawaran pinjaman dengan bayaran bunga sebanyak 20 peratus.

"Kebanyakan peminjam yang berurusan dengan mereka adalah warga tempatan tetapi bekerja di Singapura," jelasnya. 

Semua suspek direman selama sembilan hari berakhir esok bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan kerana khianat dengan api ke atas kediaman dan Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjaman Wang 1952 bagi kesalahan menjalankan aktiviti pemberi pinjaman tanpa lesen. – Getaran, 14 September 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Politik 2 minggu yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia