web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kerajaan Pertimbang Dokumen Diri Penerima Vaksin Sabah, Sarawak

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Sep 2021 2:04PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan mempertimbangkan untuk memberikan kad pengenalan atau kewarganegaraan kepada penerima vaksin di Sabah dan Sarawak yang masih belum memiliki dokumen identiti diri itu.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ismail Mohamed Said, berkata perkara itu adalah sebahagian perancangan di bawah Jawatankuasa Khas Status Warganegara Peringkat Negeri Sarawak (JKSWPNS) dan Jawatankuasa Pengurusan Warga Asing di Sabah (JKPWAS) yang sudah diwujudkan.

Katanya, JKSWPNS  dan JKPWAS diwujudkan bagi meneliti urusan dokumentasi untuk individu tidak berdokumen berumur 21 tahun ke bawah di negeri masing-masing.

“Kita berharap usaha ini mampu memastikan semua individu tidak memiliki kad pengenalan dan warganegara diberikan identiti.

“Bagi terus memperkasakan usaha, kita tukarkan Pasukan Petugas Khas (PPK) yang ditubuhkan pada 2015 kepada Program Menyemai Kasih Rakyat (MEKAR) yang menyaksikan pasukan kita akan turun ke pedalaman,” katanya pada sesi pertanyaan lisan di Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-14 di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan dikemukakan Ahli Parlimen Sibuti, Lukanisman Awang Sauni berhubung langkah Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk mengesan dan memberikan kumpulan penduduk itu hak kewarganeraan.

Jelasnya, KDN menerusi Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sentiasa mengambil langkah proaktif dan usaha tambahan dalam memastikan urusan pendaftaran dokumen pengenalan diri semua individu layak dapat dilaksanakan dengan mudah.

Sementara itu, ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Simpang Renggan, Dr Maszlee Malik mengenai kedudukan pelajar asing sudah tamat tempoh visa, Ismail berkata KDN bersikap terbuka membantu mereka berhubung keperluan terbabit.

Bagi urusan itu, katanya, pelajar asing boleh terus berhubung dengan Jabatan Imigresen (Imigresen) bagi memudahkan mereka memperbaharui visa dan meneruskan pengajian di negara ini.

KDN juga katanya, bersedia memberikan khidmat nasihat berkaitan urusan itu bagi memudahkan proses pembaharuan visa.

“Kita (KDN) tidak bertindak kejam dan keterlaluan, sebaliknya kita akan berikan khidmat nasihat sewajarnya bagi membolehkan kerjasama antara negara serta negara luar yang menjadikan Malaysia  hab pendidikan terkenal,” katanya.

Pada sidang sama, Ismail berkata, seramai 10 individu dituduh di mahkamah setakat ini kerana memalsukan sijil suntikan vaksinasi yang menyaksikan seorang daripada mereka didapati bersalah.

“Berdasarkan pecahan mengikut negeri, seorang individu adalah di Kelantan, empat di Sarawak, seorang di Perak dan masing-masing dua di Melaka serta Sabah.

“Individu didapati bersalah ini adalah di Sarawak yang sudah disabitkan dan dihukum penjara,” katanya ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Setiu, Shaharizukirnain Abd Kadir.

Persidangan Parlimen hari ini menumpukan kepada beberapa isu, seperti perkembangan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), masa depan doktor kontrak, isu pengangguran dan pemalsuan sijil digital vaksinasi. - Getaran, 15 September 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Pemuda Maut Dibaham Buaya

2

Semasa 2 minggu yang lalu

2 Hilang Bot Karam Di Sungai Rajang

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Tubuh Jawatankuasa Khas Untuk Selesaikan Isu Kewarganegaraan Di Sabah

4

Semasa 4 minggu yang lalu

PM Mahu Kemiskinan Tegar Di Sabah Dinoktah Sebelum Akhir Julai

Sorotan

1

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

2

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

3

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

4

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

5

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Lamborghini Terbakar Di Karak, Seorang Maut

oleh Diyana Nawwar

Sukan 1 jam yang lalu

Negeri Sembilan FC Sahkan Pemain Import Mika Junco Jadi Mangsa Ragut

Semasa 1 hari yang lalu

2 Warga China Maut, 19 Selamat Bas Persiaran Terbalik Di Genting Highlands

Semasa 21 jam yang lalu

PM Dahului Senarai Penerima Darjah, Bintang Kebesaran Hari Keputeraan Sultan Kedah 

oleh Rafisqi Radhi