web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Bukit Aman Siapkan Dokumen, Ekstradisi Segera Sajjad

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Sep 2021 2:13PM

Nur Sajat (kanan) sebelum ini dikategorikan sebagai orang dikehendaki selepas Mahkamah Tinggi Syariah mengeluarkan waran tangkap terhadapnya. - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Segala dokumen bagi mengekstradisi usahawan kosmetik kontroversi, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat yang ditahan di Thailand untuk kembali ke tanah air sedang diproses bagi membolehkan ia dapat dilaksanakan secepat mungkin.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang bekerjasama dengan Peguam Negara dan Kementerian Luar untuk membolehkan proses membawa pulang Nur Sajat berjalan lancar.

“Ia bagi memberi kuasa kepada PDRM untuk membolehkan Muhammad Sajjad dibawa pulang mengikut saluran undang-undang antarabangsa.

“Berdasarkan maklumat yang diterima, Muhammad Sajjad memaklumkan kepada pihak berkuasa Thailand bahawa dirinya adalah pelarian kerana memiliki kad Suruhanjaya Pelarian Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR),” katanya kepada media di sini hari ini.

Nur Sajat sebelum ini dikategorikan sebagai orang dikehendaki selepas Mahkamah Tinggi Syariah mengeluarkan waran tangkap terhadapnya akibat gagal menghadirkan diri pada prosiding kes berpakaian wanita tiga tahun lalu.

Kes tersebut disiasat oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Abd Jalil turut menasihatkan Muhammad Sajjad supaya pulang secara baik supaya pendakwaan kes yang sedang dihadapinya dapat diselesaikan. - Getaran, 21 September 2021

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 1 tahun yang lalu

Kes Pemerdagangan Manusia Wang Kelian: Warga Thailand Diekstradisi Selepas Jalani Hukuman Penjara Di Thailand

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Mahkamah Thailand Akan Putuskan Ke Mana Ahli Perniagaan Malaysia Akan Diekstradisi

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Ada Kerumitan Ekstradisi Jho Low - Wan Junaidi 

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Lelongan Aset Sajat Selesai, Pembida Dapat Durian Runtuh Hanya Bayar RM42,000

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia