web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kes Pemerdagangan Manusia Wang Kelian: Warga Thailand Diekstradisi Selepas Jalani Hukuman Penjara Di Thailand

Luar Negara Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jun 2023 7:00AM

Malaysia mengemukakan permintaan ekstradisi kepada Thailand terhadap 10 individu pada 2017. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BANGKOK - Warga Thailand yang disyaki terlibat dalam kes penemuan kem pemerdagangan manusia dan kubur di Wang Kelian, Perlis pada 2015 akan diekstradisi ke Malaysia sebaik sahaja mereka selesai menjalani hukuman penjara di sini.

Timbalan ketua polis negara Pol Jen Surachate Hakparn berkata Malaysia mengemukakan permintaan ekstradisi kepada Thailand terhadap 10 individu pada 2017.

Beliau berkata empat daripada 10 individu yang dikehendaki telah diekstradisi ke Malaysia pada Khamis dan menghadapi pertuduhan di Mahkamah Sesyen Kangar semalam.

Mereka didakwa di Mahkamah Sesyen Kangar mengikut Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007.

“Bagaimanapun, sebahagian suspek telah meninggal dunia ketika menjalani hukuman di penjara.

“Seorang atau dua lagi yang akan menamatkan hukuman penjara bakal diekstradisi ke Malaysia," katanya.

Sementara itu, Surachate berkata hasil kerjasama erat antara kedua-dua negara, empat daripada 10 individu telah diekstradisi ke Malaysia.

“Kerjasama erat itu juga menunjukkan bahawa Thailand dan Malaysia komited untuk memerangi pemerdagangan manusia dan jenayah transnasional,” katanya.

Pada Mei 2015, Malaysia dikejutkan dengan penemuan kem dan kubur di Wang Kelian yang telah menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan masyarakat dari dalam dan luar negara. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Rombongan Haji Thailand Mahu Belajar Cara Pengurusan Haji Malaysia 

2

Sukan 4 bulan yang lalu

Zii Jia Rangkul Gelaran Kedua Terbuka Thailand 

3

Video & Galeri 5 bulan yang lalu

Feri Ke Pusat Peranginan Koh Tao, Thailand Terbakar

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Perlis Akan Cadang Pintu Sempadan Padang Besar Dibuka Hingga 12 Tengah Malam

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 19 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 11 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka