web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kapasiti Pendidikan Afghanistan Boleh Diperkukuhkan, Perlu Bantuan Malaysia - MAPIM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Sep 2021 3:33PM

Kanak-kanak perempuan di Afghanistan menghadiri kelas di sebuah sekolah di Kandahar. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Kapasiti pendidikan dan pembangunan sumber manusia Afghanistan boleh diperkukuhkan menerusi bantuan Malaysia dan negara Islam lain, kata Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Mohd Azmi Abdul Hamid.

Menurut beliau, langkah itu berupaya membantu Afghanistan membangunkan semula negara berkenaan, khususnya dari aspek pembangunan sumber manusia, bermula dengan pendidikan asas hingga pengajian tinggi.

"Afghanistan adalah negara paling terkesan dari segi pendidikan akibat perang dan 770 insiden melibatkan serangan ke atas sekolah dilaporkan berlaku pada 2008, manakala 5 juta kanak-kanak tidak dapat ke sekolah akibat perang pada 2010.

"Afghanistan turut berdepan masalah lambakan murid, berbanding guru berkelayakan, malah 80 peratus pendidik atau 165,000 daripada mereka tidak melepasi tahap pendidikan menengah,” katanya.

Mohd Azmi berkata, kerajaan wajar menimbangkan kaedah untuk membawa pelajar Afghanistan menimba ilmu di negara ini, selain mengambil pendekatan khusus untuk  mengukuhkan institusi pembangunan sumber manusia dalam sektor awam dan swasta di negara berkenaan.

"Malaysia harus memanjangkan kolaborasi dengan pihak Afghanistan untuk melakar pelan jangka panjang dalam hal ini, khususnya pada aspek pembangunan sumber manusia.

“Afghanistan sangat memerlukan bantuan 'hardware' dan 'software' untuk pelbagai sektor dan sumber manusia adalah modal terpenting jika bantuan secara mapan mahu diberi kepada negara tersebut,” katanya. – Getaran, 27 September 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

MAPIM Kutuk Pembunuhan Anak, Cucu Pemimpin Hamas 

2

Semasa 6 bulan yang lalu

Pendidikan Perlu Disertai Disiplin, Akhlak Dan Adab - PM

3

Pendidikan 10 bulan yang lalu

Jurang Pendidikan Di Borneo Akan Terus Dirapatkan, Fokus Pada Sekolah Daif - Fadhlina

4

Semasa 11 bulan yang lalu

Tiada Rakyat Malaysia Terbabit Gempa Bumi Di Afghanistan - Wisma Putra

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 57 minit yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 23 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 52 minit yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global