web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pembuat Keputusan Wanita Sektor Awam Cecah 38.2 Peratus Tahun Lepas - Siti Zailah

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 29 Sep 2021 2:42PM

Datuk Siti Zailah menjawab pertanyaan media pada Mesyuarat Penggal Keempat, Parlimen ke-14 di Bangunan Parlimen hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Terdapat sebanyak 38.2 peratus wanita di peringkat pembuat keputusan melalui pengisian gred utama C dan ke atas, berdasarkan statistik Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada 2020, kata Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff.

Beliau berkata di sektor swasta pula, peratusan golongan wanita ialah sebanyak 25.8 iaitu berdasarkan keanggotaan wanita sebagai ahli lembaga pengarah di 100 syarikat senaraian awam yang teratas.

“Jumlah perwakilan wanita di Dewan Rakyat kini hampir 15 peratus iaitu 33 wanita daripada 220 kerusi Parlimen (dua kekosongan).

“Peratusan wanita di Dewan Negara juga hampir 15 peratus iaitu lapan wanita daripada 53 ahli Dewan Negara (17 kekosongan),” katanya menjawab soalan Nor Azrina Surip (PH-Merbok) semasa sesi soal jawab di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Siti Zailah berkata Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) berpandangan usaha untuk meningkatkan perwakilan wanita di Parlimen adalah tanggungjawab asas semua parti politik.

Sementara itu, dalam sidang media di Parlimen beliau berkata KPWKM merancang untuk berjumpa dengan beberapa pemimpin politik bagi membincangkan usaha mencapai 30 peratus perwakilan wanita di Parlimen.

Menurut Siti Zailah sebilangan besar parti politik mengambil faktor ‘winnable candidate’ (calon yang boleh menang) sebagai penanda aras untuk menjadi seorang wakil rakyat.

“Saya memahami setiap ahli politik apabila mereka meletakkan calon, dia meletakkan calon-calon yang boleh memberi kemenangan kepada parti, dan juga calon yang mampu berdepan dengan cabaran,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 11 bulan yang lalu

Negara Jadi Hebat Melalui Penerapan Nilai Murni Dari Institusi Keluarga - PM

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak Kini Di Peringkat Pembentukan - KPWKM

3

Semasa 1 tahun yang lalu

KPWKM Ambil Tindakan Tegas Sekat Laman Sesawang Pornografi

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Dewan Rakyat: Isu Kebajikan Kanak-Kanak Dibangkit, KPWKM Jadi Tumpuan Hari Ini

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia