web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Dewan Rakyat: Isu Kebajikan Kanak-Kanak Dibangkit, KPWKM Jadi Tumpuan Hari Ini

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Mar 2023 9:18AM

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) bakal menjadi perhatian Dewan Rakyat hari ini - Gambar Jabatan Penerangan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR -  Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menjadi perhatian Dewan Rakyat hari ini apabila beberapa soalan mengenai kebajikan kanak-kanak dijangka akan dibangkitkan dalam sesi soal jawab.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman web rasmi Parlimen, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (BN-Bera) dijadual bertanya sama ada kerajaan akan mengkaji semula syarat-syarat kelulusan pengambilan anak angkat terutamanya kanak-kanak mangsa penderaan.

Bekas Perdana Menteri itu turut akan bertanya jika kanak-kanak terbabit kes penderaan akan ditempatkan di rumah kanak-kanak untuk lebih lama sebelum dipulangkan kepada waris. 

Dr Abd Ghani Ahmad (PN-Jerlun) pula ingin tahu sama ada kerajaan bercadang untuk mewujudkan pusat jagaan khas anak luar nikah di seluruh negara selain menyentuh tentang bantuan serta pengiktirafan kerajaan ke atas usaha-usaha yang dijalankan badan bukan kerajaan.

Turut menyentuh bidang kuasa KPWKM,  Mohd Sany Hamzan (PH-Hulu Langat) akan mendahului sesi soal jawab dengan menyoal sama ada kementerian itu berhasrat memperkenalkan undang-undang bagi mewajibkan potongan gaji kepada anak yang menghantar ibu bapa ke pusat atau rumah jagaan warga emas.

Selain itu, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (PH-Bandar Tun Razak) pula akan membangkitkan soalan mengenai langkah Kementerian Pendidikan untuk memastikan pelajar berkeperluan khas dan kurang upaya diberi fokus dan mendapat pendidikan berkualiti. 

Turut tersenarai, soalan Teresa Kok Suh Sim (PH-Seputeh) kepada Menteri Perladangan dan Komoditi berkenaan perkembangan industri buluh negara dan usaha kerajaan mengembangkan industri itu.

Selesai sesi soal jawab, persidangan Dewan Rakyat akan diteruskan dengan hari ketiga perbahasan dan penggulungan Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 di peringkat jawatankuasa.

Rang Undang-Undang Pencetakan Teks Al-Qur'an (Pindaan) 2023, Rang Undang-Undang Kewangan 2023 dan Rang Undang-Undang Levi Keuntungan Luar Biasa (Pengesahan) 2023 juga dijadual dibaca buat kali kedua hari ini.

Persidangan kali ini berlangsung selama 31 hari hingga 4 April. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Kanak-Kanak Dalam Video Tular Mangsa Amang Seksual - Polis

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Pemandu Bas Muat Naik Video Kanak-Kanak: MCMC Diminta Beri Kerjasama Kepada Polis

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Kebajikan Dan Keselamatan Kanak-Kanak Perlukan Perhatian Segera – Pakar

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Rumah Terbakar, Budak 8 Tahun Rentung

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 11 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka