web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Vaksin COVID-19, Polis Perak Nafi Kematian 2 Pelajar

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 29 Sep 2021 4:16PM

Viral video seorang wanita mendakwa empat pelajar, termasuk dua pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tasek Damai meninggal dunia selepas divaksin.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Polis Perak menafikan dakwaan kematian dua pelajar sebuah sekolah di Perak disebabkan komplikasi suntikan Vaksin COVID-19 seperti yang tular di media sosial.

Video berdurasi satu minit 38 saat yang tular sejak semalam itu memaparkan seorang wanita mendakwa empat pelajar, termasuk dua pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tasek Damai meninggal dunia selepas divaksin.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, kematian dua pelajar dari SMK Tasek Damai seperti didakwa dalam video berkenaan tidak mempunyai kaitan dengan vaksin.

Menurut beliau, pihaknya menerima laporan pada 18 Julai mengenai kematian seorang pelajar perempuan sekolah itu disebabkan positif COVID-19.

“Pelajar itu memang sedia menghidap penyakit kencing manis serta darah tinggi yang kronik, malah berada dalam keadaan kritikal selama dua bulan di Hospital Ipoh (Hospital Raja Permaisuri Bainun).

“Kematian seorang lagi pelajar pula dilaporkan pada 17 September lalu, membabitkan remaja lelaki berusia 17 tahun akibat sakit jantung,” katanya.

Mior Faridalathrash berkata, kedua-dua kejadian itu tidak memiliki kaitan dengan vaksin kerana Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Remaja hanya bermula pada 20 September lalu.

Katanya, polis akan menjalankan siasatan lanjut berhubung dakwaan itu termasuk memanggil individu yang terlibat dalam rakaman video terbabit. - Getaran, 29 September 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Raja Petra Meninggal Dunia

2

Selebriti 1 bulan yang lalu

Penyanyi Veteran, Jay Jay Meninggal Dunia

3

Semasa 1 bulan yang lalu

ADUN Mahkota, Sharifah Azizah Meninggal Dunia

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Siti Zaharah Sulaiman Meninggal Dunia

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 10 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 10 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 18 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi