web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tiada Varian MU Dikesan Di Malaysia - KKM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 01 Oct 2021 5:21PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan (KKM) menyangkal dakwaan kononnya negara diserang varian baharu COVID-19 yang dikenali sebagai MU.

Jurucakap Kementerian Kesihatan berkata, dakwaan dibuat portal berita Suara.com dari Indonesia itu tidak benar sama sekali.

“Kementerian Kesihatan (KKM) menafikan kesahihan kandungan berita di portal Suara.Com bertajuk ‘Covid-19 Varian Mu Sudah Masuk Malaysia, Dokter Paru: Indonesia Jangan Kecolongan Lagi’ seperti yang tular di media sosial.

“KKM meminta orang ramai agar tidak menyebarkan berita tidak benar yang boleh menimbulkan kekeliruan dan keresahan dalam kalangan masyarakat,” katanya hari ini.

Sementara itu, dalam kenyataan berbeza, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Datuk Seri Dr Adham Baba mengesahkan, tiada varian MU yang dikesan hasil penjujukan genom ke atas sampel COVID-19 dijalankan di Malaysia, setakat ini.

Menurut beliau, daripada 1,312 sampel yang dianalisis konsortium merangkumi tujuh makmal di bawah MOSTI, KKM dan institusi pengajian tinggi (IPT), sebanyak 94.9 peratus atau 1,246 sampel terdiri daripada varian Delta.

Beliau berkata, 11 sampel dikenal pasti sebagai varian Beta manakala 55 lagi daripada varian lain.

“Sampel ini dipilih pihak KKM dan diambil dari semua negeri termasuk Sabah dan Sarawak.

"Varian Delta ini diketahui lebih berbahaya dengan kadar jangkitannya yang lebih tinggi dan boleh menyebabkan timbulnya kluster baharu tempatan dengan pantas,” katanya.

Dr Adham berkata, individu yang belum divaksin lebih berisiko untuk dijangkiti varian Delta, justeru vaksinasi adalah pelindung terbaik setakat ini.

Portal Suara.com semalam memetik amaran seorang doktor di Indonesia yang menyeru orang ramai supaya berwaspada, memandangkan varian MU telah dikesan di Malaysia.

Varian berkenaan kali pertama dikesan di Colombia pada Januari dan diklasifikasikan sebagai varian mendapat perhatian (VOI) oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

WHO turut memberi amaran, varian itu mempunyai mutasi yang menunjukkan tahap kemungkinan daya tahan terhadap vaksin sedia ada. - Getaran, 1 Oktober 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Abang Dakwa Hospital Daerah Cuai, Adik Hilang Anak Kedua 2 Hari Selepas Lahir

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Pakar Patologi Kimia Bunuh Diri, Dibuli Ketua Jabatan Didakwa Jadi Punca

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Mpox: KKM Tingkat Survelan Di Pintu Masuk Negara

4

Semasa 5 bulan yang lalu

KKM Beri Jaminan Dedah Data AEFI Vaksin COVID-19 - Dr Dzulkefly

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia