web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Menggaji Pekerja Tempatan Di Stesen Petrol Lebih ‘Sukar’

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Oct 2021 11:26AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengambilan buruh tempatan untuk stesen petrol di seluruh negara amat sukar walaupun majikan bersedia mengaji mereka, kata kumpulan industri.

Sementara pandemik COVID-19 telah menyebabkan ramai kehilangan pekerjaan, Presiden Persatuan Peniaga Petrol Shell Malaysia Datuk Abd Wahid Bidin berkata para ahlinya sukar untuk mengaji rakyat Malaysia kerana pelbagai faktor.

Beliau memaklumkan The Vibes, ini adalah antara sebab-sebab kenapa kerajaan perlu menimbangkan untuk membenarkan sektor itu untuk mengaji pekerja asing.

Pada masa ini terdapat 1,000 peniaga petrol Shell di seluruh negara dan kebanyakan daripada mereka lebih suka untuk menggaji penduduk tempatan.

Namun begitu, mereka mengalami kadar pertukaran staf yang tinggi, dan tidak ramai yang mahu bekerja di stesen petrol.

Secara puratanya, Wahid berkata, setiap cawangan memerlukan enam hingga lapan pekerja, tetapi majikan mengalami kekurangan dua hingga tiga staf di setiap stesen.

Walaupun majikan digesa untuk mengutamakan pekerja tempatan, beliau mencadangkan yang majikan dibenarkan untuk mencampur tenaga pekerja termasuk bukan rakyat negara.  

Menceritakan pengalaman peribadinya, Wahid berkata pekerja asing boleh diharap berbanding pekerja tempatan.

“Masalah kami dengan pekerja tempatan adalah kehadiran mereka dan kami juga kadang-kadang tiada pilihan dan terpaksa melayan perangai mereka.  

“Kadar pertukaran pekerja juga tinggi. Kadangkala, mereka meletakkan jawatan beberapa hari selepas mempelajari bagaimana cara bekerja.

“Kami memerlukan tenaga pekerja asing kerana kami tahu mereka akan hadir bekerja dengan konsisten.”

Datuk Abd Wahid Bidin
Datuk Abd Wahid Bidin

Beliau menambah bukan semua pekerja tempatan bermasalah, tetapi sekitar separuh daripada yang digaji oleh peniaga petrol mempunyai masalah disiplin.

Pekerja asing dan tempatan dibayar gaji permulaan sekitar RM1,200 sebelum tambahan insentif, dengan juruwang dibayar sekitar RM1,500 katanya.

Dengan insentif, para pekerja boleh memperolehi gaji sebanyak RM2,000 atau lebih, jadi soal gaji memandangkan skop pekerjaan bukan masalahnya.

Walaupun banyak sektor telah dibuka semula, Wahid berkata peniaga petrol hanya baru-baru ini dapat pulang modal dengan cawangan di kawasan pergerakan rendah mengalami kerugian.

Beliau berkata purata kos operasi stesen petrol adalah RM1,100 hingga RM1,200 sehari tetapi ketika perintah berkurung COVID-19 cawangan-cawangan ini hanya dapat menjana RM200 sehari.

Kenyataan Wahid hadir selepas kolum yang disiarkan oleh The Vibes di mana penulis Baharuddin Mohd Isa berkata stesen petrol adalah antara tempat pertama yang mengawal penularan COVID-19.

Baharuddin berkata polisi layan diri di stesen petrol yang diperkenal oleh kerajaan hampir 25 tahun dahulu tidak dipatuhi, dan pekerja tempatan sepatutnya diberikan keutamaan.

Wahid menambah kebanyakan stesen, tidak kira jenama, sedang berusaha untuk menarik minat pelanggan dengan menawarkan perkhidmatan tambahan, seperti mengelap cermin kenderaan dan memeriksa tayar.  

“Konsep layan diri ini tidak diamalkan sejak awal 2000-an lagi, dan ada kalanya, para pelanggan tidak mahu meninggalkan kenderaan mereka.

“Tetapi ada juga situasi di mana atendan perlu membantu pelanggan yang mempunyai keperluan khas dan warga emas.”

Satu lagi penyelesaian kepada masalah kekurangan tenaga pekerja adalah untuk kerajaan mempertimbangkan untuk membenarkan bukan warganegara tanpa visa pekerja sah yang berada dalam negara ini bekerja, supaya tiada keperluan untuk membawa pekerja baharu dari luar negara, katanya.

Nabi Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Mohd Effendy Abdul Ghani berkata sebanyak 145,830 pekerja asing tanpa dokumen telah berdaftar dengan Program Rekalibrasi Tenaga Kerja sejak November lalu, dengan 72,324 daripada mereka memilih untuk dihantar pulang dengan selebihnya mahu diberikan status sah bekerja di negara ini.

Sebagai ganti, kerajaan mengumpulkan RM35.1 juta dalam bentuk kompaun dan pembayaran pas khas, katanya.

“Berdasarkan maklumat ini, MTUC berpendapat dengan implementasi program itu, peluang untuk mengaji pekerja tempatan sedikit terkesan dengan situasi sekarang.  

“Hampir semua sektor telah digesa untuk memberikan peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.

“Program ini bukan sahaja di tertumpu pada pekerjaan di stesen petrol sahaja tetapi yang lain juga.”

Beliau berkata MTUC menggesa Putrajaya untuk menjalankan kaji selidik komprehensif sama ada rakyat tempatan memilih pekerjaan ataupun gaji yang ditawarkan tidak setimpal dengan kos sara hidup.

Ini dapat mengelakkan persepsi orang ramai yang berkata pekerja tempatan malas dan terlampau memilih atau itu hanya alasan yang digunakan oleh kerajaan dan para majikan.

Pada saat ini, persekitaran semasa menuntut warga tempatan untuk berfikiran terbuka tentang segala jenis pekerjaan agar dapat bertahan.

Oleh itu, pekerjaan kolar biru harus dihormati dan dihargai. - Getaran, 6 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 minggu yang lalu

Semakin Ramai Tiada Dokumen Pengenalan Diri Di Sarawak - SCRIPS

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Pekerja Ladang Warga Asing Maut Ditetak

3

Semasa 3 bulan yang lalu

KPDN Pahang Sita 630 Liter Minyak Diesel Subsidi Disyaki Cuba Diseleweng

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Tiada Lanjutan Tempoh Bawa Masuk Pekerja Asing Selepas 31 Mei - Saifuddin

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 18 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 10 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 18 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi