web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Lelaki Kemurungan Terdengar Bisikan Hilangkan Diri Dari Rumah

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Oct 2021 5:45PM

Operasi mencari lelaki yang mengalami kemurungan dan dilaporkan hilang dari rumahnya dijalankan.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TELUK INTAN - Seorang lelaki yang mengalami kemurungan dilaporkan hilang dari rumahnya di Taman Desa Maju, Langkap, di sini, sejak kelmarin.

Lebih membimbangkan, Jefri Ismail, 36, sebelum itu dipercayai berubah perwatakan apabila bercakap seorang diri dan memberitahu ada terdengar bisikan.

Difahamkan, penemuan motosikal dan telefon bimbitnya di dalam kawasan kebun kelapa sawit Alor Bakong, Langkap, membuatkan kehilangannya masih menjadi misteri.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, kehilangan mangsa disedari isterinya lebih kurang jam 1 tengah hari kelmarin.

Katanya, isterinya kemudian dimaklumkan oleh abang ipar yang menemui motosikal serta telefon bimbit mangsa di dalam kebun sawit sebelum laporan polis dibuat.

“Siasatan awal dapati lelaki berkenaan mengalami kemurungan dalam sebulan lepas dan pernah memberitahu pengadu selalu terdengar suara bisikan.

“Lelaki berkenaan juga mula bercakap seorang diri semasa di rumah dan tidak pernah berkelakuan begitu sepanjang perkahwinan kira-kira 12 tahun,” katanya dalam kenyataannya di sini, hari ini.

Ahmad Adnan berkata, siasatan mendapati motosikal berkenaan dijumpai tiga kilometer dari rumahnya dan keluasan keseluruhan kebun berkenaan adalah 80 hektar.

Katanya, lokasi pencarian sangat luas kerana kawasan kebun berkenaan turut bersambung dengan Hutan Simpan Chikus.

“Operasi mencari dengan dibantu pasukan penyelamat lain seperti bomba, APMM dan orang kampung sudah digerakkan jam 4 petang semalam namun masih gagal menemuinya.

“Usaha pencarian diteruskan jam 8 pagi hari ini secara menyeluruh ditempat kejadian namun masih belum dijumpai,” katanya.

Ahmad Adnan berkata, perkembangan semasa operasi pencarian akan dikemaskini dari masa ke masa. - Getaran, 7 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Refleksi 2 minggu yang lalu

9 Amalan Mudah Untuk Kehidupan Lebih Sejahtera

2

Gaya 10 bulan yang lalu

Dr Wan Azizah, Rose Blackpink Bincang Isu Kesihatan Mental Di APEC

3

Semasa 10 bulan yang lalu

Jaga Kesihatan Mental, Emosi Ketika Layari Berita, Gambar Dari Gaza - Fahmi

4

Semasa 11 bulan yang lalu

KKM Bakal Wujudkan Pelan Tindakan Kesihatan Mental Kanak-Kanak, Remaja - Menteri

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 18 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 10 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki