web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Mayat Lelaki Murung Dijumpai Tergantung Di Pokok

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Oct 2021 9:20PM

Mayat seorang lelaki yang hilang sejak Selasa lalu ditemui berhampiran Sungai Selinsing, Teluk Intan.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TELUK INTAN - Misteri kehilangan seorang lelaki yang mengalami kemurungan akhirnya terjawab selepas mayatnya ditemui tergantung dengan tali pada pokok di tepi Sungai Chikus, di sini, jam 1.30 tengah hari, hari ini.

Mayat Jefri Ismail, 36, ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat selepas menghilangkan diri dari rumahnya sejak Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner (ACP) Ahmad Adnan Basri berkata, mayat mangsa ditemui kira-kira empat kilometer dari lokasi penemuan motosikal dan telefon bimbitnya.

“Mayat mangsa yang ditemui tergantung pada pokok itu disahkan oleh ahli keluarganya sebelum pemeriksaan dijalankan di lokasi kejadian oleh pihak forensik.

“Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Teluk Intan (HTI) untuk bedah siasat,” katanya di sini, hari ini.

Ahmad Adnan berkata, siasatan awal mendapati mangsa sudah meninggal dunia tiga hari lalu, dan disyaki membunuh diri berdasarkan penemuan jasadnya yang tergantung pada pokok.

Beliau memberitahu, laporan kehilangan mangsa akan disiasat semula dan diklasifikasikan sebagai mati mengejut bagi mengetahui punca sebenar kematian.

Getaran sebelum ini melaporkan, Jefri dipercayai menghilangkan diri dari rumah, sebelum motosikal dan telefon bimbit milik pemuda berkenaan ditemui ahli keluarganya dalam kawasan kebun kelapa sawit Alor Bakong, Langkap, di sini.

Mangsa difahamkan mengalami kemurungan sekitar sebulan lalu dan pernah memberitahu isterinya yang dia selalu terdengar suara seakan bisikan.

Mangsa juga dipercayai berubah perwatakan apabila sering bercakap seorang diri. - Getaran, 9 Oktober 2021

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 18 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 10 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang