web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Dewan Rakyat Sebulat Suara Lulus RUU Levi Keuntungan Luar Biasa Pindaan 2020

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Oct 2021 6:10PM

Mohd Shahar Abdullah menjawab soalan pada Persidangan Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Rang Undang-undang (RUU) Levi Keuntungan Luar Biasa (Pindaan) 2020 yang bertujuan menambah baik pentadbiran levi keuntungan luar biasa diluluskan secara sebulat suara oleh sidang Dewan Rakyat pada Selasa.

RUU itu diluluskan selepas bacaan kali ketiga bagi meminda Akta Levi Keuntungan Luar Biasa 1998 atau dikenali sebagai Akta 592 dengan memasukkan peruntukan baharu.

Ia bertujuan menambah baik pentadbiran levi keuntungan luar biasa melalui peruntukan remisi dan pulang balik levi dan penalti yang boleh memberi manfaat kepada orang yang membayar levi.

Ketika menggulung perbahasan RUU, Timbalan Menteri Kewangan I, Mohd Shahar Abdullah berkata pengenaan levi keuntungan luar biasa bukan satu tindakan secara terburu-buru yang dibuat kerajaan.

Beliau berkata kerajaan sentiasa melihat ekosistem yang luas bagi industri dan syarikat-syarikat komoditi di negara ini.

“Kementerian juga akan menimbang pelbagai cadangan lain seperti cukai warisan, cukai keuntungan modal dan cukai ke atas komoditi lain, dan tidak akan membuat sebarang keputusan tanpa mengadakan sesi libat urus,” katanya.

Terdahulu, semasa membentangkan RUU tersebut, beliau berkata ia antara lain bagi memberi kuasa kepada menteri untuk meremit keseluruhan atau mana-mana bahagian levi keuntungan luar biasa yang perlu dibayar.

Ia juga bagi memberi kuasa kepada Ketua Pengarah Kastam meremit keseluruhan atau mana-mana bahagian penalti yang perlu dibayar di bawah Akta 592.

Berdasarkan naskah biru yang diedarkan kepada pemberita, dari segi implikasi kewangan, rang undang-undang berkenaan tidak melibatkan apa-apa perbelanjaan wang tambahan kerajaan.

Sebanyak 11 ahli Parlimen menyertai sesi perbahasan RUU itu yang mengandungi empat fasal.

Dalam pada itu, Timbalan Menteri Kewangan II, Yamani Hafez Musa juga mengemukakan dua usul iaitu supaya kerajaan memindahkan sebanyak RM16.5 bilion, di bawah Seksyen 3(1) Akta Pendanaan Kerajaan 1983 (Akta 275), iaitu baki wang terimaan Terbitan Pelaburan Kerajaan Malaysia (MGII) dari Januari hingga Ogos 2021 kepada Kumpulan Wang Pembangunan.

Beliau juga mencadangkan supaya kerajaan memindahkan sebanyak RM7 bilion di bawah Seksyen 3(1) Akta 275 dan Seksyen 4(2) Akta Langkah-Langkah Sementara Bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19)) 2020 atau Akta 830, iaitu baki wang terimaan Terbitan Pelaburan Kerajaan Malaysia (MGII) dari Januari hingga Ogos 2021 kepada Kumpulan Wang COVID-19.

Kedua-dua usul tersebut turut diluluskan sidang Dewan Rakyat selepas dibahaskan.

Kedua-duanya yang mengikut peruntukan Seksyen 4(b) Akta Pendanaan Kerajaan 1983 atau Akta 275, antara lain bertujuan menampung pakej rangsangan ekonomi dan pelan pemulihan ekonomi serta perbelanjaan pembangunan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Ekonomi 3 bulan yang lalu

Penyasaran Subsidi Diesel Di Semenanjung Bagi Pastikan Syarikat Minyak Bersedia – MOF

2

Semasa 3 bulan yang lalu

3.45 Juta Ahli KWSP Pindah RM10.86 Bilion Ke Akaun 3 – MOF

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Kerajaan Negeri Tiada Kaitan Cadangan MoF Lelong Perkampungan Tok Senik

4

Semasa 4 bulan yang lalu

SPRM Tahan Bekas CEO Badan Berkanun Disyaki Seleweng RM1.2 Bilion

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia