web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Penunggang Motosikal Maut Langgar Pejalan Kaki Mabuk

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Oct 2021 8:46PM

Lelaki dipercayai mabuk yang dilanggar sebuah motosikal hingga menyebabkan penunggang motosikal berkenaan maut di lokasi kejadian.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SLIM RIVER - Seorang penunggang motosikal maut selepas dipercayai melanggar seorang lelaki mabuk di Kilometer 375.9 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah selatan, hari ini.

Dalam kejadian jam 6.15 pagi itu, mangsa berusia lingkungan 50-an yang menunggang motosikal jenis Keeway dari Teluk Intan menuju ke Selayang, maut di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, siasatan awal mendapati kemalangan itu berlaku selepas mangsa yang menggunakan lorong kecemasan terlanggar seorang pejalan kaki dipercayai mabuk.

Katanya, nahas tersebut menyebabkan mangsa terjatuh dan terbabas ke lorong kiri sehingga mengalami kecederaan teruk di bahagian kepala.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan Hospital Slim River (HSR).

“Pejalan kaki yang mengalami kecederaan juga dibawa ke HSR untuk menerima rawatan lanjut,” katanya.

Sulizmie Affendy berkata, mayat mangsa dihantar ke HSR untuk ujian pengesanan COVID-19 sebelum dibedah siasat.

Katanya, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengetahui butiran diri pejalan kaki terbabit yang dipercayai mabuk ketika kejadian.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. - Getaran, 12 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Pasukan Perubatan Peribadi Agong Rawat 2 Mangsa Kemalangan

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Padah Buat Aksi 'Wheelie', 2 Remaja Maut

3

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

Jalan Kampung Tak Payahlah Laju-Laju Bang!

4

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

Siapa Yang Bersalah?

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 10 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 18 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 18 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka