web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 2 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 2 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 6 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 6 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Dos Ketiga, Klinik Swasta Masih Tertanya-Tanya - MMA

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Oct 2021 7:51PM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pembabitan klinik swasta dalam pemberian suntikan penggalak dan dos ketiga vaksin COVID-19 masih belum jelas sehingga hari ini.

Presiden Persatuan Perubatan (MMA), Dr Koh Kar Chai berkata, masih belum ada makluman mengenai klinik swasta yang akan mengambil bahagian dalam program berkenaan.

“Kebanyakan doktor di klinik swasta belum menerima butiran mengenai program itu daripada Jabatan Kesihatan Negeri yang bermula secara rasmi semalam.

“Kami berharap semua klinik swasta yang berfungsi sebagai pusat vaksin sebelum ini akan dibenarkan beroperasi, bukannya sekumpulan kecil sahaja. Kriteria pemilihan juga masih tidak diketahui,” katanya hari ini.

Dr Koh berkata, terdapat lebih 1,600 klinik swasta membantu dalam fasa awal proses vaksinasi negara ini, namun belum dimaklumkan mengenai peranan dalam memberikan dos penggalak oleh pihak berkuasa kesihatan negeri.

“MMA bimbang kisah lama berulang, iaitu apabila klinik swasta hanya menerima makluman pada saat akhir. Ketika ini pun orang ramai banyak menghubungi klinik swasta untuk bertanya mengenai dos penggalak.

“MMA difahamkan sekitar 8.75 juta orang akan menerima dos ketiga atau penggalak, jadi pelaksanaannya perlu dirancang dan diselaraskan dengan sebaiknya. Perlu ada kecekapan dan kepantasan dalam program vaksinasi dos ketiga dan penggalak yang dirancang ini,” katanya lagi.

Semalam, Kementerian Kesihatan (KKM) mengumumkan proses pemberian dos penggalak (booster dose) kepada warga emas berusia 60 tahun ke atas dan petugas barisan hadapan yang menerima dos lengkap sekurang-kurangnya enam bulan lepas.

Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata, individu yang layak akan dimaklumkan melalui aplikasi MySejahtera, manakala bagi individu yang tidak mempunyai aplikasi itu, pemakluman dibuat melalui pesanan ringkas atau panggilan telefon oleh pusat pemberian vaksin (PPV). - Getaran, 14 Oktober 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 bulan yang lalu

Kilinik Swasta Terkemuka Tak Bayar Gaji, Guna Peguam Tutup Mulut Pekerja

2

Semasa 10 bulan yang lalu

COVID -19: KKM Saran Dos Penggalak Ketiga Untuk Golongan Rentan

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Skim Perubatan MADANI Ringankan Beban Rawatan Kesihatan Golongan B40

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Mudah Terpengaruh Dakyah Palsu Punca Rakyat Tak Ambil Dos Penggalak - Pakar

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pukul Pemandu E-Hailing OKU, Pengawal Pengiring VIP Didenda RM1,000

Luar Negara 1 hari yang lalu

Banjir Sepanyol: Tiada Rakyat Malaysia Terjejas - Wisma Putra

Semasa 1 hari yang lalu

Tekanan Berterusan Perlu Diberi Kepada Israel, Laksana Gencatan Senjata Dengan Segera - PM

oleh Sophia Ahmad