web statsweb stats

Berita Terkini

13 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


MOTAC Kaji Penggunaan Istilah Homestay - Edmund Santhara

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Oct 2021 2:53PM

Edmund Santhara Kumar - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan mengkaji semula kesesuaian penggunaan istilah homestay Program Pengalaman Homestay Malaysia.

Timbalan Menteri berkenaan, Datuk Seri Dr Edmund Santhara Kumar berkata, penggunaan istilah homestay dan inap desa timbul pada soal jawab lisan di Dewan Negara, baru-baru ini.

"Bagaimanapun, kekeliruan mengenai penggunaan istilah homestay oleh MOTAC dalam jawapan disediakan bagi Dewan Negara tidak seharusnya timbul.

"Ini kerana istilah itu adalah kata nama khas yang merujuk kepada Program Pengalaman Homestay Malaysia dan bukannya kata nama am," katanya hari ini.

Menurut Edmund Santhara, beliau mengambil maklum teguran Yang Dipertua Dewan Negara, Senator Dr Rais Yatim ketika menjawab pertanyaan lisan Senator Isa Ab Hamid kelmarin.

Beliau bagaimanapun merakamkan ucapan terima kasih di atas keprihatinan Rais yang menurutnya, sentiasa berusaha memartabatkan penggunaan Bahasa Malaysia dalam setiap urusan rasmi kerajaan.

"Sebagai Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, saya mengambil maklum mengenai pandangan daripada Yang Berhormat Senator Yang Dipertua Dewan Negara serta akan membawa pandangan ini kepada pengurusan tertinggi MOTAC untuk mengkaji semula kesesuaian penggunaan istilah dalam Bahasa Malaysia iaitu Inap Desa,” katanya.

Rabu lalu, Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim menegur Edmund Santhara ketika beliau menjawab soalan Datuk Isa Ab Hamid mengenai jumlah usahawan kraf tangan dan pengusaha inap desa yang terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Edmund Santhara dalam jawapan lisan menggunakan istilah homestay berbanding inap desa yang sudah diiktiraf Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sekurang-kurangnya sejak 12 tahun lalu. - Getaran, 15 Oktober 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Berhentilah Menangguk Di Air Keruh, Dr Ammar Tahu Kenapa Beliau Diturunkan Pangkat!

2

Semasa 7 bulan yang lalu

Polis Tahan Lelaki Bantu Siasatan Kes Kamera Tersembunyi Dalam Inap Desa

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Polis Kesan Lelaki Bantu Siasatan Kes Kamera Tersembunyi Di Inap Desa

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Kamera Tersembunyi Di Inap Desa

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 15 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 22 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 40 minit yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global