web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pendidikan Jenis Kebangsaan, SJK Tamil terpinggir?

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jan 2021 10:00AM

Seorang Kakitangan SJK Tamil Menyusun Buku Dalam Almari

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pendidikan beraliran Tamil di Malaysia bukan perkara baharu malah ia sudah wujud seawal tahun 1816 di Pulau Pinang, ketika Tanah Melayu masih lagi koloni British. 

Pasca merdeka, sekolah Tamil diiktiraf sebagai antara cabang pendidikan bagi sekolah aliran vernakular, khusus untuk dijadikan pilihan kepada etnik di Malaysia, sebelum ia ditukar menjadi Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK). 

Tidak seperti SJK Cina, SJK Tamil bagaimanapun seakan terpinggir daripada pembangunan yang dinikmati sektor pendidikan, malah infrastruktur melatari sekolah jenis ini sering kali indah khabar dari rupa. 

Senario itu seakan tidak pernah berubah, malah peruntukan diberikan kerajaan ke atas SJKT tahun ini turut menyusut sebanyak 40 peratus, berbanding tahun lalu. 

Ia menimbulkan persoalan pelbagai pihak berkaitan, termasuk bekas Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P. Kamalanathan yang menyifatkan ia tidak signifikan dengan perkembangan semasa, khususnya ketika segala aspek perbelanjaan semakin meningkat naik. 

Menurut beliau, sektor pendidikan secara keseluruhan menerima peruntukan sebanyak RM50.4 bilion tahun ini, dengan pengkhususan sebanyak RM29.98 juta kepada SJKT Tamil. 

“Peruntukan berkenaan jelas satu penurunan ketara berbanding RM64.1 bilion yang diperuntukkan kerajaan ke atas sektor pendidikan secara keseluruhan tahun lalu. 

“Selama dua tahun aliran SJKT menerima peruntukan sebanyak RM50 juta dan ia adalah satu jumlah standard yang sudah ditetapkan sejak sekian lama,” katanya kepada Getaran.  

Kamalanathan yang menyandang portfolio Timbalan Menteri Pendidikan selama sepenggal bermula 2013 hingga 2018 berkata, SJKT turut diberikan peruntukan khas sebanyak RM100 juta, di bawah pentadbiran bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selama dua tahun berturut-turut pada 2012 dan 2013. 

“Peruntukan itu dikhususkan buat penempatan semula sekolah dan aspek pembangunan lain yang perlu diberi perhatian, namun situasi berkenaan berubah susulan pertukaran pentadbiran di peringkat negeri dan persekutuan, sekali gus memberi implikasi negatif kepada masa depan sekolah aliran itu,” katanya. 

“Dahulu, kami di Kementerian Pendidikan memiliki pasukan khas untuk mengenal pasti sekolah yang memerlukan dana dan diletakkan dalam satu senarai menjelang Ogos, sebelum pembentangan Belanjawan Tahunan pada Oktober,” katanya. 

Tindakan berkenaan jelas beliau, sedikit sebanyak membantu mengatasi masalah keciciran pembangunan oleh SJK Tamil, walaupun pada hakikatnya peruntukan RM50 juta itu tidak mencukupi untuk menyelesaikan semua permasalahan dihadapi sekolah terbabit. 

“Satu perkara mengenai SJK Tamil, ia sentiasa diselubungi masalah dan sering memerlukan penambah baikan, khususnya di lokasi yang terdedah kepada ancaman banjir atau tanah runtuh,” katanya. 

Kamalanathan yang juga bekas Ahli Parlimen Hulu Selangor bagaimanapun mengakui, pandemik COVID-19 yang melatari dunia ketika ini menyumbang ke arah pengurangan peruntukan, susulan kemelut ekonomi dihadapi negara. 

“Saya percaya Kementerian Kewangan membuat keputusan berdasarkan faktor yang rasional dan munasabah, bukan atas dasar politik atau sentimen tertentu. 

“Saya optimis nasib SJK Tamil akan tetap terbela, apatah lagi apabila Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri adalah bekas Menteri Pendidikan. Pastinya beliau akan memastikan kebajikan sekolah aliran terbabit tetap terbela,” katanya. - Getaran, 29 Januari 2021

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 13 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 21 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki