web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


SOP PRN Melaka Perlu Lebih Ketat, Selamat Untuk Rakyat

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Oct 2021 7:25AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka tetap dilaksanakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) walaupun menjadi kebimbangan buat rakyat, apabila ia berisiko meningkatkan semula kes harian COVID-19.

Tindakan itu juga mampu merencatkan aktiviti sosial dan ekonomi di negeri itu yang kini berada di Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Justeru, penganalisis politik dan pakar perubatan awam berpandangan, ia perlu dilaksanakan dengan sebaiknya agar tidak menjadi punca peningkatan kes COVID-19 seperti yang berlaku di PRN Sabah, tahun lalu.

Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia, Datuk Dr Zainal Ariffin Omar berkata, kerajaan perlu melaksanakan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat khususnya ketika tempoh berkempen.

Datuk Dr Zainal Ariffin Omar
Datuk Dr Zainal Ariffin Omar

Pada masa sama beliau menegaskan individu atau ahli politik yang turun berkempen perlu melengkapkan dua dos vaksin seperti yang telah disarankan Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Ada kemungkinan akan berlaku kluster kes baharu namun persekitarannya berbeza dengan PRN Sabah dan risikonya tidaklah setinggi di negeri tersebut. Di Sabah, ada jangkitan membabitkan pendatang asing dan ketika itu juga, vaksin COVID-19 masih belum diperoleh.

“Jadi, bila buat PRN (Sabah) keadaan bertambah jadi teruk dan situasi di PRN Melaka ini berbeza sedikit namun perlu mengambil langkah lebih berhati-hati khususnya ketika tempoh berkempen dan perhimpunan yang boleh menyebabkan peningkatan kes,” katanya kepada Getaran ketika dihubungi, hari ini.

Sementara itu, Penganalisis Politik dari Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Dr Hussain Yusri Zawawi pula menyeru agar calon dan penyokong parti yang bertanding pada PRN Melaka memainkan peranan sebagai ‘role model’ dalam mematuhi SOP  ditetapkan SPR.

Tegasnya, sekiranya masih berlaku lagi pelanggaran SOP, tindakan tegas harus diambil oleh pihak berkuasa bagi memberi pengajaran kepada pemimpin dan penyokong agar kesalahan sama tidak berulang.

“Tiada ahli politik atau penyokong yang sewajarnya terlepas daripada tindakan undang-undang ketika PRN Melaka diadakan. Undang-undang Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) untuk COVID-19 masih lagi berkuat kuasa.

“Pemimpin perlu patuh dan menjadi role model kepada rakyat. Jika tidak, mereka bukanlah contoh yang baik. Seharusnya ahli politik lebih cakna untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh SPR,” katanya.

Dr Hussain Yusri Zawawi
Dr Hussain Yusri Zawawi

SPR semalam menetapkan 20 November depan sebagai tarikh PRN Melaka bagi mengisi kekosongan 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Pengerusinya, Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, PRN terpaksa diadakan selepas pihaknya menerima pemakluman rasmi daripada Yang Dipertuan DUN Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berhubung pembubaran DUN ke-14 pada 4 Oktober lalu, sebagaimana termaktub di bawah Fasal (2) Perkara 19 Perlembagaan negeri.

Sehubungan itu, menurutnya, SPR telah menetapkan hari penamaan calon pada 8 November manakala hari mengundi awal pula adalah 16 November, dengan tempoh berkempen yang ditetapkan adalah selama 12 hari bermula selepas penamaan calon sehingga pukul 11.59 malam, 19 November.

Katanya, Daftar Pemilih Pilihan Raya (DPPR) bakal digunakan adalah Daftar Pemilih Tambahan yang dikemas kini sehingga 3 Oktober lalu.

Daftar tersebut, jelas beliau, mengandungi 495,196 pengundi terdiri daripada 482,550 pengundi biasa, 10,191 anggota tentera dan pasangan, 2,349 anggota polis serta 106 pengundi tidak hadir luar negara. - 19 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Politik 4 bulan yang lalu

Tubuh Jawatankuasa Pantau Janji PRK, Elak Retorik Lama - Santhara

2

Politik 4 bulan yang lalu

Pengundi India Tetap Akan Sokong PH Walaupun Kecewa - Sivarraajh

3

Politik 4 bulan yang lalu

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Jangan Jadikan Kelemahan Ringgit Senjata Politik - Anwar

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Abang Dakwa Hospital Daerah Cuai, Adik Hilang Anak Kedua 2 Hari Selepas Lahir

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Tahan 5 Individu, Rampas 2 Kenderaan Ada Lambang GISBH Di Bukit Kayu Hitam

Semasa 1 hari yang lalu

Bomba Terima 2,575 Panggilan Kecemasan Kes Pokok Tumbang

Semasa 1 hari yang lalu

Yang di-Pertuan Agong Berangkat Ke China Sempena Lawatan Negara