web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


2,797 Mesin Penapis Air Dirampas, Babit Nilai RM7.5 Juta

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Oct 2021 2:58PM

Ariffin Samsudin (tengah) pada sidang media di KPDNHEP di Kuala Lumpur, hari ini. - Gambar Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 2,797 unit mesin penapis air pelbagai model dengan anggaran nilai RM7.5 juta disita Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), selepas didapati disimpan dan dijual oleh sebuah syarikat jualan langsung tanpa mendapat kelulusan kementerian.

Pengarah KPDNHEP, Ariffin Samsudin berkata, rampasan dilakukan di sebuah gudang di Taman Perindustrian Subang, Sabtu lalu, selepas naziran dilakukan.

Menurut beliau, naziran yang dilakukan mendapati, syarikat berkenaan menyimpan dan menjual model terbaru penapis air tanpa mendapat kelulusan KPDNHEP terlebih dahulu.

“Syarikat berkenaan hanya menerima 21 kelulusan produk untuk disimpan dan dijual, justeru produk yang tidak tersenarai dalam kelulusan adalah menjadi kesalahan kerana tertakluk kepada lesen jualan langsung.

"Adalah menjadi tanggungjawab syarikat jualan langsung itu untuk memohon kelulusan berhubung produk baharu mereka seperti  tertakluk di dalam syarat lesen," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Ariffin berkata, ia adalah rampasan terbesar bagi tahun ini.

"Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 6(4) Akta Jualan Langsung dan Skim Anti Piramid 1993.

"Kita memberi amaran kepada mana-mana individu atau syarikat supaya tidak melanggar undang-undang yang dikuatkuasakan," tegasnya.  - Getaran, 26 Oktober 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Polis Rampas 3 Treler Berisi 58,000 Liter Minyak Sawit Mentah 

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Ops Mulia: 164 Individu Ditahan, Al-Quran Dan Bahan Ayat Suci Bernilai RM3.1 Juta Dirampas

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Penghantar Barang Ditahan Bersama 41.28kg Dadah, 300 Botol Vape Mengandungi Ganja

4

Semasa 9 bulan yang lalu

Polis Rampas Lebih 7 Kilogram Pil Yaba

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 46 minit yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 15 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 22 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka