web statsweb stats

Berita Terkini

16 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Polis Rampas Lebih 7 Kilogram Pil Yaba

Semasa Dikemaskini 9 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 03 Dec 2023 8:25PM

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan (tengah) bersama pegawainya melihat dadah yang dirampas semasa sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Terengganu hari ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA TERENGGANU - Polis merampas lebih tujuh kilogram (kg) pil Yaba bernilai RM385,330 menerusi dua serbuan berasingan di sekitar Jerteh, Besut dekat sini, pada Rabu lalu. 

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan berkata, dalam operasi pada jam 9 hingga 12 malam, polis menahan dua lelaki tempatan berusia 19 dan 31 tahun dipercayai daripada sindiket sama kerana disyaki terlibat dalam kegiatan pengedaran bahan terlarang itu. 

"Sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu telah melancarkan dua serbuan di lokasi sama iaitu di tepi jalan Kampung Kubang Depu, Jerteh. 

"Pada serbuan pertama, polis merampas 1,760 gram (g) pil Yaba bernilai RM93,500, manakala pada serbuan kedua sebanyak 5,335g pil sama dirampas berjumlah RM291,500," katanya pada sidang media di sini hari ini. 

Mazli berkata, hasil operasi itu polis turut merampas sebuah kereta jenis Honda City dan menyita sebuah motosikal jenis Yamaha Y15ZR. 

"Kesemua dadah dipercayai diperoleh dari negara jiran ini boleh digunakan oleh 58,000 penagih tempatan dan suspek kini direman sehingga 6 Disember bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952," katanya. 

Mazli berkata, siri tangkapan tersebut menjadikan keseluruhan sebanyak tujuh sindiket pengedaran dadah di negeri itu berjaya dilumpuhkan sejak Januari hingga November tahun ini dengan 18 individu telah ditahan. 

Beliau berkata, pil Yaba adalah yang tertinggi dirampas pihaknya iaitu sebanyak 16,408g, diikuti ganja (5,000g), syabu (2,451g), dan Eramin 5 (58.89g). 

Katanya, sebanyak 1,106 orang telah ditahan bagi kategori bekalan, 2,147 (kategori memiliki) dan 6,041 (kes-kes urin), manakala 964 orang penagih tegar telah dituduh mengikut Seksyen 39C ADB 1952 bagi tempoh sama. - BERNAMA 

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 hari yang lalu

2 Bekas Pengasuh Mengaku Tidak Bersalah Dera Bayi Di Taska

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Polis Rampas 3 Treler Berisi 58,000 Liter Minyak Sawit Mentah 

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Pesara Mengaku Tidak Salah Guna Dokumen Palsu, Salah Guna Harta Kesatuan

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Pasangan Kekasih Maut Nahas 4 Kenderaan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 16 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 17 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang