web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Warga Emas  Dipenjara 10 Tahun Miliki Syabu, Isteri Bebas Tanpa Lepas

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Oct 2021 8:04AM

Kedua-dua tertuduh dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TAWAU - Seorang lelaki warga emas dihukum penjara 10 tahun manakala isterinya dibebaskan tanpa dilepaskan Mahkamah Sesyen, di sini semalam atas kesalahan memiliki 30.75 gram metafetamin tahun lalu.

Tertuduh, Hashim Sahipa, 80, dijatuhkan hukuman berkenaan dari tarikh dia direman pada 18 Disember 2020, selepas mengaku bersalah di hadapan Hakim Awang Kerisnada Awang Mahmud.

Berdasarkan pertuduhan pindaan, dia bersama isterinya Roaina Ali, 70, didakwa memiliki dadah berkenaan di sebuah rumah atas air tidak bernombor Kampung Batu, dalam daerah Semporna, jam 4 petang, 17 Disember 2020.

Sehubungan itu, pasangan warga Filipina itu didapati melakukan kesalahan di bawah Seksyen  12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39A(2) akta yang sama, dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh dipenjara seumur hidup atau tidak kurang dari lima tahun dan dikenakan sekurang-kurangnya 10 sebatan.

Bagaimanapun, hanya Hashim mengaku memiliki dadah berkenaan, manakala Roaina tidak mengaku bersalah.

Hashim dalam pengakuannya memaklumkan kepada Mahkamah, dadah itu adalah miliknya dan tidak ada kaitan dengan Roaina.

Terdahulu, pasangan ini didakwa mengikut Seksyen 39B(2) Akta Dadah Berbahaya yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan, selepas pihak berkuasa dari Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) menemui 57.04 gram hablur putih dipercayai metafetamin dalam serbuan di lokasi kejadian.

Bagaimanapun, mahkamah menukar pertuduhan mengikut Seksyen 39A(2) selepas laporan kimia mendapati berat sebenar metafetamin yang dirampas ialah 30.75 gram.

Awang Kerisnada dalam penghakimannya berkata, perbuatan tertuduh memiliki dan mengedar dadah adalah salah, tanpa mengira usia.

Tambahnya, mahkamah tidak boleh menjatuhkan hukuman paling ringan iaitu penjara lima tahun hanya kerana usia tertuduh, sebaliknya ia perlu menjadi pengajaran kepada semua pihak termasuk lelaki berkenaan.

Bagaimanapun, tertuduh tidak dikenakan hukuman sebat selepas mahkamah mengambil kira faktor usia dan kesihatannya.

Hashim dan Roaina akan dirujuk kepada Jabatan Imigresen Malaysia untuk tujuan pengusiran pulang ke negara asal. - Getaran, 27 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Yasin Dipenjara Seumur Hidup, 16 Sebatan

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Warga Emas Rugi Lebih RM200,000 Terpedaya Skim Pelaburan Tidak Wujud

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Warga Emas Maut Dipercayai Dibunuh Anak OKU Mental

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Penemuan Pergelangan Tangan Manusia: Gaduh Rebut Kawasan Dadah Dipercayai Punca Kejadian

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia