web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


RUU Anti Gangguan Seksual Perlu Disegerakan 

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Oct 2021 9:34AM

Dr. Muzaffar Syah Mallow

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pendedahan dilakukan oleh atlet terjun negara, Datuk Pandelela Rinong mengenai isu gangguan seksual dialaminya serta rakan-rakan atlet yang lain telah mendapat perhatian pelbagai pihak.

Oleh demikian, penting bagi kerajaan untuk mewujudkan Rang Undang-Undang (RUU) Anti Gangguan Seksual, khusus bagi mengatasi masalah perbuatan tidak bermoral itu dengan lebih berkesan.

Pensyarah Kanan Fakulti Syariah dan Undang–Undang (FSU), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Profesor Madya Dr. Muzaffar Syah Mallow berkata, Malaysia setakat ini masih tidak mempunyai akta khas bagi mengatasi isu tersebut.

Apa yang berlaku, tegas beliau, mangsa gangguan seksual perlu menggunakan peruntukan undang-undang sedia ada seperti Akta Kerja 1955, Akta Perhubungan Industri 1967, Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerja 1994 dan Kanun Keseksaan yang memiliki kelemahan.

“Perlu diketahui, pada masa sekarang tiada akta khusus untuk mengatasi masalah gangguan seksual yang berlaku dalam negara kita walau mangsa juga boleh mengambil tindakan saman sivil terhadap pelaku.

“Namun, antara kelemahan yang terdapat dalam peruntukan undang-undang sedia ada termasuk adalah dari aspek syarat beban pembuktian yang tinggi. Perkara ini menyebabkan mangsa menghadapi kesukaran bagi membuktikan dakwaan kes gangguan seksual yang berlaku terhadap dirinya,” katanya hari ini.

Terdahulu, Pandelela menjelaskan bahawa perkongsian kisah gangguan seksual yang membabitkan bekas jurulatihnya adalah sebagai lbantuan atau sokongan di samping menggalakkan mangsa di luar sana tampil bersuara.

Menurut pemenang pingat perak dan gangsa Sukan Olimpik itu, kebanyakan mangsa perbuatan tidak bermoral berkenaan berada dalam dilema sama ada untuk tampil bersuara atau mendiamkan diri.

Dalam pada itu, Dr. Muzaffar berkata, prosedur sedia ada dalam peruntukan undang-undang sedia ada juga tidak sesuai untuk mengendalikan kes gangguan seksual yang sensitif serta kompleks ini.

Selain penambahbaikan undang-undang sedia ada, beliau memaklumkan usaha pendidikan berterusan harus dilaksanakan kepada semua lapisan masyarakat supaya mereka menolak  perlakuan yang tidak bermoral.

“Apa yang paling penting adalah mangsa gangguan seksual kelak tidak berasakan diri mereka tiada harapan untuk membawa kes serta mendakwa pelaku ke muka pengadilan.

“Sudah sampai masanya masyarakat kita dididik supaya lebih menghormati orang lain tanpa mengira status jantina mereka serta tidak melakukan sebarang jenis gangguan yang boleh menjejaskan kehidupan orang lain,” katanya.

Sementara itu, Dr. Muzaffar turut menegaskan, RUU terbabit yang sedang dibangunkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat perlu memberi perlindungan kepada semua termasuk golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Justeru, beliau berkata, sebarang bentuk ejekan berbentuk seksual terhadap golongan LGBT perlu dijadikan sebagai kesalahan dan tindakan undang-undang harus diambil di bawah mana-mana peruntukan.

Katanya, perlu diketahui, mangsa gangguan seksual bukan hanya terdiri dalam kalangan wanita malah turut melibatkan lelaki dan LGBT.

“Walaupun LGBT tidak diiktiraf di kebanyakan negara termasuk Malaysia, ini tidak bermakna mereka boleh dimalukan dan diganggu secara seksual oleh orang sekeliling. Ejekan seperti pondan, bapuk, kunyit dan sebagainya yang selalu digunakan terhadap golongan itu perlu dibendung sepenuhnya.

“Ini kerana ejekan itu bukan sahaja boleh menjatuhkan maruah mangsa yang terlibat malah boleh menyebabkan golongan LGBT dan keluarga mereka menghadapi tekanan mental dan emosi,”katanya. – Getaran, 30 Oktober 2021.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 17 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 9 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 9 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki