web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


100 Keluarga Terima Sumbangan YAS Sempena Deepavali

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Oct 2021 5:40PM

Afdlin Shauki Aksan menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima bantuan keperluan harian daripada YAS di Setapak, hari ini. - Gambar Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sambutan Deepavali tahun ini lebih bermakna buat 100 keluarga masyarakat India yang kurang berkemampuan di sekitar Setiawangsa, di sini apabila menerima sumbangan keperluan harian daripada Yayasan Afdlin Shauki (YAS), hari ini.

YAS merupakan sebuah pertubuhan kebajikan dinaungi oleh pelakon dan pengarah terkenal, Datuk Afdlin Shauki Aksan yang giat melaksanakan program kemasyarakatan bagi menyantuni pelbagai lapisan rakyat.

Afdlin berkata, program terbabit merupakan inisiatif bagi membantu penerima meringankan beban ketika membuat persiapan menyambut Deepavali.

“Setiap keluarga menerima sumbangan berbentuk keperluan harian dan seramai 100 keluarga masyarakat India yang kurang bernasib baik kita bantu, bagi meringankan masalah mereka.

“Sumbangan ini adalah komitmen berterusan YAS untuk membantu membangkitkan perasaan kasih sayang dan gembira kepada golongan kurang berkemampuan sempena sambutan perayaan Deepavali,” katanya ketika ditemui Getaran selepas menyampaikan sumbangan kepada penerima di Setapak, hari ini.

 Afdlin Shauki Aksan
Afdlin Shauki Aksan

Dalam pada itu Afdlin mengharapkan, rakyat Malaysia dapat bersatu dalam membantu golongan yang terkesan khususnya disebabkan pandemik COVID-19, tanpa membabitkan sentimen agama dan perkauman.

Menurut beliau, ketika ini terdapat ramai individu tanpa mengira agama dan bangsa mengalami kesulitan serta berdepan beban kewangan untuk membeli barangan keperluan, termasuk makanan.

“Saya nak penerima nampak bahawa rakyat Malaysia ini sayang sesama sendiri tanpa mengira agama mahupun kaum.

“Betul, ia antara tuntutan kita sebagai orang Islam dan menjadi tanggungjawab untuk kita membantu semua. Jangan ada jiran-jiran kita kelaparan,” katanya.

Atas faktor ini Afdlin berkata, pihaknya akan menggandakan usaha untuk mengenal pasti keluarga kurang berkemampuan yang keciciran tanpa mengira kaum, agar dapat diberikan bantuan sewajarnya.

“Kita gunakan pendekatan apa yang kita ada, seperti saya gunakan populariti saya untuk membantu orang dalam kesusahan tidak kira pelarian, orang-orang susah, gelandangan dan kita akan bantu dengan memberi sedikit keperluan yang kita ada,” katanya.

A. Kevin
A. Kevin

Seorang penerima, A. Kevin, 43 melahirkan rasa terharu apabila memperoleh bantuan itu yang sedikit sebanyak meringankan beban keluarganya ketika pandemik COVID-19 ini, khususnya selepas kehilangan pekerjaan sebagai mekanik.

“Bantuan ini sangat membantu saya kerana saya memang tiada duit untuk lakukan persiapan Deepavali. Sudah enam bulan saya menggangur selepas diberhentikan kerja.

“Perayaan kali ini saya akan sambut dengan sederhana kerana kehidupan saya amat terkesan disebabkan pandemik COVID-19,” luahnya.

G. Tambirajan
G. Tambirajan

Sementara itu, pesara, G. Tambirajan, 74, berterima kasih kepada Afdlin yang menghulurkan bantuan sempena perayaan Deepavali pada 4 November nanti. 

“Nak mengharapkan duit pesara memang tidak mencukupi. Jadi, dengan bantuan ini lah dapat membantu saya sedikit sebanyak untuk membuat persiapan,” katanya.

 M. Nagendran
M. Nagendran

Seorang lagi pesara, M. Nagendran, 69, turut meluahkan rasa syukur atas pemberian barang keperluan itu.

"Saya berasa lega kerana mendapat bantuan ini. Dapatlah saya belanja keluarga saya makan pada malam tahun baharu nanti," ujarnya. – Getaran, 31 Oktober 2021.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 18 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 18 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 11 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang