web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Cukai Rokok Elektronik, Vape Bercanggah Prinsip FCTC WHO

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Nov 2021 1:20PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tindakan kerajaan mahu mengenakan duti eksais terhadap rokok elektronik dan cecair bernikotin adalah langkah ke belakang Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam menangani isu kawalan penggunaan tembakau.

Lebih membimbangkan, Felo Akademi Sains Malaysia, Profesor Datuk Dr Lokman Hakim Sulaiman berkata, ia bercanggah dengan prinsip Rangka Kerja Kawalan Tembakau, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (FCTC WHO).

“Saya amat kecewa dengan keputusan kerajaan untuk mengenakan duti eksais kepada produk nikotin dalam rokok elektronik menerusi Bajet 2022.

“Jika benar e-rokok adalah kaedah terbaik mengurang dan merawat isu ketagihan nikotin, ia perlu dikawal di bawah undang-undang sedia ada iaitu Akta Farmasi seperti mana produk nikotin lain yang digunakan dalam terapi penggantian nikotin,” katanya hari ini.

Terdahulu, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ketika mengumumkan Bajet 2022 di Parlimen berkata, kerajaan bercadang mengenakan duti eksais terhadap cecair atau gel mengandungi nikotin yang digunakan untuk rokok elektronik dan vape.

Keputusan terbabit disambut baik oleh British American Tobacco (Malaysia) Berhad (BAT Malaysia) yang mengalu-alukan pengumuman kerajaan untuk mengesahkan produk vape nikotin dari aspek perundangan.

Profesor Datuk Dr Lokman Hakim Sulaiman
Profesor Datuk Dr Lokman Hakim Sulaiman

Menurut Pengarah Urusan BAT Malaysia, Nedal Salem, pelaksanaan duti eksais bagi produk cecair nikotin itu adalah satu langkah yang tepat bagi mengurangkan bahaya rokok di Malaysia.

Bagaimanapun, lebih 35 pertubuhan termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan profesional kesihatan menyatakan kekecewaan terhadap pengumuman itu, yang menjadi petanda jelas bahawa kerajaan sudah membenarkan penjualannya di pasaran terbuka.

Antara pertubuhan terbabit termasuk Medical Mythbusters Malaysia (M3), Persatuan Kesihatan Ikram Malaysia (Ikram Health), Pertubuhan Wanita Malaysia untuk Kawalan Tembakau dan Kesihatan (MyWATCH) serta Asthma Malaysia.

Semua NGO itu dalam satu kenyataan bersama menjelaskan, pengumuman tersebut juga tidak selaras dengan keputusan Muzakarah Khas Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam pada 2015 yang memutuskan rokok elektronik, termasuk vape adalah haram.

Dalam pada itu, Dr Lokman Hakim berkata, walaupun isu penggunaan vape dan e-rokok pernah ditimbulkan ketika beliau menyandang jawatan Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) pada 2015, masih belum ada ahli politik berjaya menangani isu terbabit secara berkesan.

Malah, beliau menjelaskan, dasar yang digunakan kerajaan menerusi pembentangan Bajet 2022 itu untuk mengawal penggunaan rokok dilihat bakal memperjudikan masa depan anak bangsa.

“Apa sebenarnya motif kerajaan dan pendirian KKM dalam isu ini? Jika hendak mengawal dan mengurangkan ketagihan merokok, mengapa tidak dinaikkan cukai rokok yang terbukti berkesan dan seperti yang dianjurkan oleh WHO-FCTC.

“Jika hendak mengaut keuntungan, kenapa tidak dinaikkan cukai rokok yang pasti menghasilkan pendapatan lumayan kerajaan? Beban yang ditanggung kerajaan akibat kesan buruk rokok terhadap kesihatan sudah cukup tinggi,” katanya.

Cukai yang tinggi jelas Dr Lokman Hakim lagi, membolehkan kerajaan mengutip hasil, berbanding membiarkan rakyat tidak merokok dibebani dengan tabiat buruk itu.

Mengulas lanjut beliau berkata, pemimpin parti politik perlu memainkan peranan penting dalam menjadikan kesejahteraan kesihatan rakyat sebagai fokus utama buat kerajaan pemerintah.

“Bagi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, saya ingin melihat parti mana yang memberi keutamaan kepada kesihatan. Ingatlah ahli-ahli politik semua, negara ini telah dibebani dengan masalah penyakit tidak berjangkit (NCD) yang amat meruncing serta boleh membankrapkan negara.

“Jangan dibebani lagi dengan masalah yang boleh dielakkan. Jangan sengaja mencari penyakit,” katanya. - Getaran, 1 November 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Perlu Ada Keseimbangan Pada Peraturan Baharu Vape - Panel

2

Semasa 6 bulan yang lalu

Penghantar Barang Ditahan Bersama 41.28kg Dadah, 300 Botol Vape Mengandungi Ganja

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Berlaku Aliran Peningkatan Penggunaan Vape, Termasuk Golongan Wanita - Lukanisman

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Peniaga Degil Jual Vape Di Johor Berdepan Tindakan Tegas - Exco

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 18 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 19 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 10 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah