web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Lelaki Ditahan Memandu Secara Berbahaya, Pemandu Kedua Masih Dicari

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Nov 2021 3:55PM

Tangkap layar dari video media sosial memaparkan sebuah kenderaan melakukan provokasi di atas jalan raya sehingga membahayakan pengguna jalan raya yang lain. - Gambar ihsan Polis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis menahan seorang pemandu yang dikesan memandu secara berbahaya dan dipercayai memiliki kaitan dengan kes buli jalan raya selepas rakaman video mengenainya tular di media sosial, semalam.

Polis pada jam 8.40 pagi semalam mengesan satu rakaman video berdurasi 49 saat yang dimuat naik menerusi satu akaun Facebook, memaparkan sebuah kenderaan melakukan provokasi di atas jalan raya sehingga membahayakan pengguna jalan raya yang lain.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner (ACP) Sarifudin Mohd Salleh berkata, siasatan awal mendapati kejadian itu berlaku di Jalan Jinjang Setia menghala ke pusat bandar raya.

“Hasil semakan lanjut mendapati kejadian berlaku kira-kira jam 11.30 pagi pada Sabtu, membabitkan dua kereta iaitu Toyota Corolla Altis dan PERODUA Myvi.

“Kejadian berlaku apabila kenderaan jenis Myvi telah bergerak secara perlahan di hadapan pemandu Toyota Corolla Altis di lorong paling kanan, dan melihat pada kedaan tersebut pemandu Toyota Corolla Altis mengubah laluan ke lorong tengah untuk memotong kenderaan Myvi.

“Pada masa yang sama, pemandu Myvi juga mengubah haluan ke lorongan tengah,” katanya di sini hari ini.

Sarifudin berkata, tindakan pemandu Myvi tersebut membuatkan pemandu Toyota Corolla Altis menjadi marah, lantas memotong serta masuk semula ke lorong Myvi dan membrek kecemasan di hadapan kenderaan tersebut beberapa kali secara sengaja.

Susulan kejadian jelas beliau, pemandu Toyota Corolla Altis ditahan manakala pemandu Myvi itu masih dicari.

“Polis meminta agar pemandu Myvi terbabit  untuk tampil ke Balai Polis Trafik Kuala Lumpur bagi membantu siasatan,” ujarnya.

Beliau berkata, kedua-dua lelaki terbabit  akan dituduh mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya.

Dalam pada itu, katanya orang ramai yang memiliki maklumat boleh menghubungi Balai Polis Trafik Jalan Tun H S Lee di talian 03-20719999 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-20260267/69 atau mana-mana balai polis berhampiran. - Getaran, 1 November 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 14 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 5 hari yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 5 hari yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 1 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 25 minit yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 14 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 15 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 23 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka