web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Jual Minuman Keras Seludup, 4 Lelaki Ditahan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Nov 2021 6:24PM

ACP Beh Eng Lai

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seramai empat lelaki ditahan dalam satu serbuan ke atas sebuah premis di Jalan Sentul pasar di sini Khamis lalu, kerana menjual minuman keras yang diseludup dari negara jiran.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner (ACP) Beh Eng Lai berkata, serbuan dilakukan pada pukul 7 malam oleh sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah daerah, selepas memperoleh maklumat bahawa premis tersebut disyaki menjual minuman keras seludup.

“Siasatan awal mendapati, kesemua suspek berselindung di sebalik premis perniagaan pemborong minuman keras dan dipercayai beroperasi sejak setahun yang lalu.

“Seramai empat lelaki masing-masing dua warga tempatan dan dua warga asing berusia 24 hingga 27 tahun ditahan kerana disyaki menjual minuman keras yang diseludup dari negara jiran,” ujarnya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul, hari ini.

Katanya, polis berjaya merampas 2,720 botol minuman keras pelbagai jenama dipercayai tidak bercukai, dengan anggaran nilai RM100,000.

Eng Lai berkata, kesemua suspek direman tiga hari bermula Jumaat untuk membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1965 kerana memiliki, menyimpan mengangkut, menghantar, mengedar, menyorok serta menjual minuman keras seludup yang membawa hukuman denda tidak lebih 20 kali ganda jumlah cukai kastam atau RM500,000 mengikut jumlah paling besar,” katanya. - Getaran, 1 November 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 14 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 5 hari yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 5 hari yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 1 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 25 minit yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 14 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 15 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang