web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Ops Menu Cegah Pengusaha Restoran, Kedai Makan Naik Harga Sesuka Hati

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Nov 2021 8:26PM

Azman Adam - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan melancarkan Ops Menu bagi memastikan pemilik restoran dan kedai makan tidak menaikkan harga sesuka hati.

Pengarah Penguatkuasa KPDNHEP, Azman Adam berkata, Ops Menu itu akan memfokus kepada premis yang menyediakan makanan siap masak, termasuk restoran dan kedai makanan Melayu, Cina, India, India Muslim, medan selera serta restoran makanan laut.

Menurut beliau, pemeriksaan akan dibuat bukan hanya ke atas tanda harga, tetapi turut membabitkan alat timbang dan sukat yang digunakan oleh premis berkenaan.

“Tindakan tegas akan dikenakan ke atas peniaga yang gagal mematuhi peruntukan undang-undang di bawah Perintah Kawalan Harga dan Antipencatutan (Penandaan Harga Bagi Barangan Dan Caj Bagi Perkhidmatan) 2020.

“KPDNHEP memberi ingatan, semua pengusaha restoran dan kedai makan perlu mematuhi perundangan yang ditetapkan bagi mengelakkan tindakan undang-undang, termasuk didakwa di mahkamah atau dikenakan kompaun,” katanya di sini hari ini.

Azman memberitahu, mana-mana pemilik premis yang didapati bersalah boleh didenda tidak melebihi RM50,000.

“Jika ia membabitkan suatu pertubuhan perbadanan, mereka boleh didenda tidak melebihi RM100,000, manakala bagi kesalahan bawah Akta Timbang dan Sukat (ATS) 1972 pula, peniaga boleh dikenakan denda tidak melebihi RM40,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun,” katanya lagi.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau turut menasihatkan orang ramai supaya menggunakan kuasa sebagai pengguna dengan membuat perbandingan harga terlebih dahulu.

“Kuasa pengguna adalah langkah pencegahan terbaik sebelum terkeliru atau dimanipulasi oleh peniaga yang tidak bertanggungjawab. Tindakan penguatkuasaan adalah jalan terakhir ke atas peniaga berkenaan,” ujarnya.

Terdahulu, tular di media sosial apabila sekumpulan individu terpaksa membayar hampir RM1,196 bagi hidangan seekor ikan siakap dengan berat melebihi tujuh kilogram (kg) di sebuah restoran dekat Langkawi, Kedah baru-baru ini.

Menerusi perkongsian Mohd Faris Zulkarnain di Facebook, mereka juga terpaksa membayar bil keseluruhan sebanyak RM1,852.50 termasuk dengan harga ikan berkenaan.

Difahamkan, beberapa individu lain juga terpaksa membayar harga mahal antaranya RM755 bagi dua orang makan selain satu lagi pelanggan membayar harga RM800.

Perkongsian lelaki itu mendapat perhatian netizen apabila ia dikongsi lebih 6,300 pengguna serta menerima lebih 4,300 komen.

Orang ramai yang memiliki aduan boleh menghubungi aplikasi WhatsApp di 019 279 4317; e-aduan.kpdnhep.gov.my;  atau menghubungi pusat panggilan di 1-800-88-6800 atau e-mel ke e-aduan@kpdnhep.gov.my. - Getaran, 5 November 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Ops Kesan 2.0: 31 Syarikat Di Perak Terima Notis Bertulis 

2

Semasa 6 bulan yang lalu

Harga Beras Putih Import Turun Antara RM2 Ke RM3 Berkuat Kuasa Hari Ini - KPKM

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Bekalan, Harga Ayam Stabil - Mohamad

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Hasil Padi Dijangka Kurang Memberangsangkan Akibat Cuaca

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Politik 16 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 8 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang