web statsweb stats

Berita Terkini

16 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Dakwaan @edisi_siasatmy, PDRM Buka 13 Kertas Siasatan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Nov 2021 4:38PM

Acryl Sani berkata, pendedahan salah laku yang dibuat adalah rekaan yang sengaja disensasikan. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka 13 kertas siasatan berkaitan dakwaan kes salah guna kuasa dan rasuah yang didedahkan oleh akaun dikenali sebagai @edisi_siasatmy di Twitter.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, pendedahan salah laku, penyelewengan dan rasuah membabitkan beberapa menteri, bekas menteri serta pegawai tertinggi badan penguat kuasa negara itu adalah rekaan yang sengaja disensasikan.

“Kesemua perkara yang dinyatakan oleh @edisi_siasatmy itu kebanyakannya berita yang diada-adakan untuk mewujudkan suasana sensasi.

“Dalam setiap dakwaan dinyatakan jika melibatkan PDRM, memang kita akan salurkan kepada Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) untuk disemak kesahihannya,” katanya dalam satu sidang akhbar yang turut diadakan menerusi penstriman langsung di Facebook.

Acryl Sani berkata, polis masih lagi menjalankan siasatan dan berharap dalang sebenar di sebalik akaun berkenaan dapat dikenal pasti dalam masa terdekat.

“Kertas siasatan itu turut dibuka bagi menyiasat dan juga mengenal pasti siapa yang berada di belakang akaun terbabit,” katanya.

Sebelum ini, Kementerian Dalam Negeri dilaporkan sedia bekerjasama dengan mana-mana pihak yang membuat laporan polis berkaitan dakwaan salah laku rasuah, seperti didedahkan akaun @edisis_siasat sejak bulan lalu.

Antara kes didedahkan termasuk kes kartel daging, kehilangan wang RM25 juta serta 1MDB. - Getaran, 8 November 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 16 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 5 hari yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 5 hari yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 1 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Politik 2 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 16 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah