web statsweb stats

Berita Terkini

16 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Nahas 4 Kenderaan, 2 Penunggang Motor Parah

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Nov 2021 5:45PM

2 penunggang motosikal cedera parah dalam kemalangan melibatkan 4 kenderaan di Jalan Kuching, malam Selasa lalu. - Gambar ihsan polis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dua penunggang motosikal cedera parah dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Jalan Kuching pada malam Selasa lalu.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Superintendan Zulkafli Chek Lah berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 11:50 malam, melibatkan dua kereta jenis Perodua Viva dan Toyota Vios serta dua motosikal dari jenis Yamaha dan Modenas Kriss.

Katanya, siasatan awal mendapati, kejadian tersebut berlaku apabila Perodua Viva tersebut terbabas dan memasuki laluan bertentangan.

"Perodua Viva itu yang dipandu seorang lelaki dari arah Bulatan Kinabalu menghala Kepong hilang kawalan lalu melanggar sebuah Toyota Vios.

"Susulan insiden, dua motosikal jenis Yamaha dan Modenas Kriss yang datang dari arah Jalan Kuching tidak sempat mengelak dari melanggar kedua-dua kenderaan tersebut,” katanya di sini hari ini.

Zulkafli berkata, kedua-dua penunggang motosikal yang mengalami kecederaan parah telah dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.

"Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan atau maklumat boleh menghubungi Balai Polis Trafik (JSPT), Jalan Tun H.S Lee di talian 03-2071 9999 atau Hotline JSPT Kuala Lumpur di talian 03-20260267/69 atau mana-mana balai polis berhampiran," ujarnya. - Getaran, 11 November 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Padah Buat Aksi 'Wheelie', 2 Remaja Maut

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Keputusan Laporan Interim Nahas Helikopter TLDM Minggu Depan

3

Video & Galeri 5 bulan yang lalu

Lain Kali Gunalah Lorong Motosikal

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Helikopter TLDM Terbabit Dalam 3 Raptai Sebelum Insiden - Mohamed Khaled

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 16 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 21 minit yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad