web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Ibu Bapa Perlu Pastikan Pemandu Bas Sekolah Berdaftar

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 13 Nov 2021 8:58PM

Gambar hiasan Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pemandu bas sekolah digesa agar mengamalkan pemanduan berhemah, termasuklah memastikan keselamatan pelajar bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku.

Gesaan itu disuarakan oleh Persatuan Bas Sekolah Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur (PBSSPKL) selepas tragedi menimpa seorang murid yang maut dilanggar pemandu van di hadapan sebuah premis pendidikan.

Mohamad Haron Mohamad Sidik
Mohamad Haron Mohamad Sidik

Pengerusinya, Mohamad Haron Mohamad Sidik berkata, pihaknya menerima banyak pertanyaan daripada orang ramai berhubung kes berkenaan yang menjadi perhatian rakyat sejak semalam. 

“Jika ditanya kepada PBSSPKL siapa bersalah? Pemilik taska salah kerana tiada staf yang menyambut murid tersebut seperti diperuntukkan oleh kerajaan.

“Pemilik van juga bersalah, menggunakan kenderaan tidak berdaftar. Boleh disabitkan beberapa kesalahan lain, apatah lagi anak tersebut meninggal dunia (akibat kejadian),” katanya. 

Pada masa sama Mohamad Haron menjelaskan, menjadi satu kesalahan juga kepada ibu bapa kerana berlanggan dengan kenderaan tidak berdaftar. 

Terdahulu, Getaran melaporkan seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun meninggal dunia akibat digilis sebuah van di Taman Dahlia, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, semalam. 

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Selangor, Superintendan Azman Shariat berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 12.10 tengah hari, selepas pemandu wanita berusia 31 tahun itu selesai menurunkan penumpang. 

Beliau berkata, mangsa sebelum kejadian telah diambil oleh pemandu van itu dari sebuah sekolah berhampiran dan dihantar ke pusat transit sebelum ke sekolah agama.

Mengulas lanjut, beliau memaklumkan, pihaknya terpanggil untuk membuat kenyataan kerana bimbang persepsi negatif orang ramai terhadap pengusaha bas sekolah berdaftar.

“Saya ingin tegaskan ini bukan soal haram atau halal sesuatu kenderaan tersebut, tetapi kita perlu lebih berhati-hati dan peka dengan keadaan sekeliling kita.

“Ini bukan soal jenis kenderaan yang digunakan kerana malang tidak berbau. Kemalangan boleh berlaku bila-bila masa tanpa diduga,” ujarnya.

Sehubungan itu, Mohamad Haron menasihatkan ibu bapa agar menggunakan perkhidmatan kenderaan berdaftar yang memerlukan pemandu memiliki lesen Perkhidmatan Kenderaan Awam (PSV). 

"Di samping itu, ibu bapa juga perlu memastikan pengusaha menghadiri kursus wajib iCop Safety dan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD). Kenderaan juga memerlukan pemeriksaan berkala setiap enam bulan," ujarnya. 

Semalam, tular satu video berdurasi satu minit 26 saat yang dirakam dari kamera litar tertutup (CCTV), memaparkan insiden seorang kanak-kanak perempuan dilanggar sebuah van sekolah berwarna putih. - Getaran, 13 November 2021.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Alif Teega Didakwa Salah Guna Wang Lebih RM60,000

Semasa 1 hari yang lalu

Amang Seksual: 3 Pembantu Pelajar Madrasah Mengaku Tidak Bersalah

Semasa 1 hari yang lalu

Yang di-Pertuan Agong Berangkat Ke China Sempena Lawatan Negara

Semasa 1 hari yang lalu

PM Beri Sumbangan Peribadi Kepada Mangsa Banjir Di Perlis