web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Rumah Setinggan Markas Proses Ganja, 8 Lelaki Ditahan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Nov 2021 5:50PM

Shamsul Amar Ramli (dua kiri) menunjukkan dadah yang dirampas. - Gambar dari Facebook Polis Klang Selatan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KLANG - Polis berjaya menahan lapan individu, dipercayai terlibat dalam sindiket dadah yang menjadikan sebuah rumah setinggan di Jalan Melawis dekat sini sebagai stor simpanan sejak dua bulan lalu.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner (ACP) Shamsul Amar Ramli berkata, kegiatan terbabit tumpas susulan satu serbuan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor bersama Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan selama sejam, bermula jam 8 malam Khamis lalu.

Katanya, serbuan itu dijalankan selepas risikan selama sebulan dilakukan terhadap kumpulan serta rumah setinggan berkenaan.

“Semasa serbuan itu, polis merampas 40.3 kilogram dadah dipercayai ganja yang dianggarkan bernilai RM117,000 dalam sebuah bilik di rumah berkenaan.

“Lapan lelaki tempatan berusia 21 hingga 49 tahun turut ditahan,” katanya pada sidang media di IPD Klang Selatan, hari ini.

Polis katanya, turut menyita sebuah kereta dan sebuah motosikal membabitkan nilai sitaan dianggarkan RM30,000.

Jelas beliau, suspek dipercayai menjadikan rumah berkenaan sebagai stor untuk memproses ganja yang diperolehi dalam bentuk ketulan satu kilogram kepada paket  lebih kecil,  termasuk bersaiz satu gram dan dijual pada harga RM10.

Shamsul Amar berkata, jumlah ganja yang dirampas itu boleh dibekalkan kepada 10,000 penagih.

Katanya, hasil ujian saringan air kencing mendapati kesemua suspek positif jenis ganja, malah kesemua lelaki itu didapati mempunyai rekod lampau jenayah dan dadah.

“Hasil maklumat risikan, polis percaya dadah berkenaan adalah untuk pasaran tempatan dan kumpulan ini dipercayai menggunakan rumah setinggan sebagai stor sejak dua bulan lalu.

“Kita juga masih menyiasat dari mana kumpulan berkenaan mendapat bekalan dadah terbabit,” katanya.

Semua suspek direman lapan hari hingga 19 November ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. - Getaran, 17 November 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Kes Kelar Isteri: Suami Didakwa Tuduhan Bunuh

2

Video & Galeri 5 bulan yang lalu

Tetap Solat Walaupun Tangan Diikat

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Ragut Di Klang, Tangkap Di Langkawi

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Serbuan Pusat Hiburan: 10 Wanita Asing, Lelaki Tempatan Ditahan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 17 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 2 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'