web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Lebih Banyak Sayur Dijangka Naik Harga, Beri Bebanan Pada Pengguna

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Nov 2021 1:53PM

CAP menerima aduan mengenai kenaikan harga sayur-sayuran sejak dua minggu lalu. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) serta Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) digesa mengambil langkah segera bagi menangani kenaikan harga sayur-sayuran.

Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), Mohideen Abdul Kader berkata, ini susulan aduan yang diterima pihaknya daripada peruncit mengenai kenaikan harga barangan berkenaan, membabitkan peningkatan sehingga 200 peratus sejak dua minggu lalu.

Mohideen Abdul Kader
Mohideen Abdul Kader

Lebih membimbangkan, beberapa peruncit mengadu pengedar dan pemborong sudah memberi amaran bahawa harga sayur-sayuran lain mungkin akan terus meningkat dalam beberapa minggu akan datang.

"Mereka mendakwa sayur-sayuran lain juga akan naik harga dan perkara ini amat membimbangkan. Sehubungan itu, CAP menggesa Bahagian Penguat Kuasa KPDNHEP menyiasat kenaikan harga ini.

"CAP juga berulang kali menyeru supaya FAMA mengawal pemasaran dan pengedaran sayur-sayuran di negara ini tetapi seruan kami masih tidak didengari," katanya kepada Getaran, hari ini.

Terdahulu menerusi infografik yang dikongsikan CAP, terdapat lapan jenis sayuran yang mengalami peningkatan harga, antaranya kubis bunga, sawi pendek, brokoli, sawi, kacang buncis, kubis, cili merah dan cili hijau.

Harga kubis bunga sebelum ini hanya RM7 namun kini naik sehingga RM16 sekilogram (1kg), sawi pendek pula mengalami peningkatan sehingga 200 peratus daripada RM3 ke RM9 (1kg) manakala brokoli pula naik sebanyak 150 peratus iaitu daripada RM8 ke RM20 (1kg).

Turut mengalami kenaikan ialah sawi daripada RM5 ke RM8 (1kg), kacang buncis daripada RM8 ke RM15 (1kg), kubis daripada RM4 ke RM6 (1kg), cili merah daripada RM13 ke RM19 (1kg) dan cili hijau daripada RM10 ke RM14 (1kg).

Dalam pada itu, Mohideen memaklumkan, tindakan tegas perlu diambil terhadap peniaga menaikkan harga secara berlebihan serta melanggar Akta Anti-Pencatutan 2010.

Jika perkara ini tidak dipandang serius, beliau berkata, ini sekali gus dilihat memberi bebanan kepada sebahagian pengguna yang terjejas akibat daripada kesan pandemik COVID-19.

"Perkara ini akan memberi impak kepada golongan berpendapatan rendah. Golongan ini akan terjejas teruk dengan kenaikan harga barang seperti sayur-sayuran ini," katanya.

Bagi menjawab dakwaan itu, KPDNHEP Pulau Pinang mengesahkan faktor kenaikan harga sayur-sayuran di pasaran ketika ini berpunca daripada cuaca dan hujan yang tidak menentu.

Mohd Ridzuan Ab Ghapar
Mohd Ridzuan Ab Ghapar

Pengarahnya, Mohd Ridzuan Ab Ghapar berkata, Jabatan Pertanian dan FAMA memaklumkan bekalan sayur-sayuran di pasaran negeri ini berkurangan serta berlaku kerosakan sayur-sayuran milik petani di Cameron Highland, Pahang.

“Bekalan sayur import turut berkurangan kerana negara pengeluar mengalami musim sejuk yang melampau.

“Pihaknya sudah berhubung dengan Jabatan Pertanian Pulau Pinang serta Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) bagi mendapatkan maklumat punca kenaikan harga,” katanya.

Pada masa sama, Mohd Ridzuan memaklumkan, kenaikan kos pengangkutan kontena dari negara asal turut menyumbang kepada kenaikan harga sayur.

"Sehubungan itu, Seksyen Penguat Kuasa sudah menjalankan pemeriksaan dan menyerahkan Notis Pengesahan Maklumat Barangan (NPMB) ke atas pengimport dan pemborong sayur.

“Ini bagi mendapatkan maklumat harga sayur-sayuran untuk tindakan lanjut," katanya. – Getaran, 24 November 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

Harga Murah, Akses Mudah Faktor Pengguna Berbelanja Di Platform E-Dagang

2

Semasa 6 bulan yang lalu

Harga Beras Putih Import Turun Antara RM2 Ke RM3 Berkuat Kuasa Hari Ini - KPKM

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Bekalan, Harga Ayam Stabil - Mohamad

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Hasil Padi Dijangka Kurang Memberangsangkan Akibat Cuaca

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 18 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 11 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 18 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka